Followers

Tuesday, October 26, 2010

Soalan PA2 STPM Percubaan 2010 -Kelantan

BAHAGIAN A

1.Sikap pengguna merupakan punca utama yang meransang masalah kenaikan harga barangan keperluan harian setiap kali musim perayaan. Fenomena ini turut dipengaruhi oleh rangsangan lain.

Jelaskan pernyataan di atas.

2.Eksploitasi terhadap wanita merupakan strategi yang sering digunakan oelh pengeluar dalam usaha untuk melariskan jualan produk mereka. Strategi ini boleh mendatangkan impak kepada pengguna.

Bincangkan

BAHAGIAN B

1.Penerokaan dan pembanguan bidang satelit di Malaysia yang bermula dengan pelancaran MEASAT jelas menunjukan teknologi satelit semakin penting kepada negara dalam pelbagai tujuan. Jelaskan

2.Krisis makan berkhasiat di peringkat global sejak akhir akhir ini kian ketara. Walaubagaimanapun perkembangan perkembangan terkini dalam bidang sains dan teknologi mampu untuk menanggani masalah tersebut.

Jelaskan pernyataan di atas.

Soalan PA2 STPM Percubaan 2010-Sarawak

BAHAGIAN A

1. Pengaruh budaya hidonisme sekiranya tidak dibendung dikuatiri akan memberikan impak yang besar dalam kalangan masyarakat.

Bincangkan keburukkan budaya hidonisme terhadap golongan remaja dan kebaikannya jika usaha memantapkan budaya remaja dilaksanakan.

2.Gejala samseng atau gangster di sekolah semakin menjadi jadi. Bincangkan faktor- faktor yang mempengaruhi dan bagaimanakah langkah langkah perlu diambil

BAHAGIAN B

3. Ciptaan laser telah digunakan dalam pelbagai bidang.Penggunaan ini telah memberi manfaat yang besar kepada pembangunan negara.

Huraikan faedah pengggunaan laser kepada manusia sejagat.

4.Pengambilan ubat-ubatan moden secara berlebihan dan tidak mengikut peraturan akan mendatangkan kemudaratan kepada pengguna. Bincangkan

Soalan PA2 STPM Percubaan 2010-Johor

BAHAGIAN A

1.Walaupun blog merupakan satu lama sosial yang mempunyai kepentingan tertentu, namun penggunaannya turut menimbulkan kesan negatif

Bincangkan

2.Sukan memainkan peranan yang penting kepada pembangunan negara,

Bincangkan cabaran yang dihadapi oleh industri sukan sejak akhir-akhir ini.

BAHAGIAN B

3.Kepupusan fauna menimbulkan pelbagai impak terhadap alam sekitar. Pelbagai usaha perlu dilakukan bagi menanggani permasalahan tersebut.

Ulaskan pernyataan berkenaan

4.Penggunaan bahan kosmetik yang semakin popular kini boleh memudaratkan kesihatan.

Bincangkan

Soalan PA2 STPM Percubaan 2010 - Selangor

PART A

1.Gagasan satu Malaysis merupakan salah satu formula yang menjadi prasyarat untuk memastikan aspirasi negara mencapai status negara maju menjelang 2020 tercapai. Namun begitu, sumbangan faktor-faktor lain tidak boleh diabaikan.

Bincangkan

2.Harta intelek merupakan hasil ciptaan minda yang mesti dilindungi oleh undang undang sesebuah negara. Oleh itu, pelbagai langkah telah dijalankan oleh kerajaan demi mengiktiraf hak intelektual seseorang. Bincangkan.

BAHAGIAN B

3.Kepentingan sains sukan memang tidak dapat dinafikan dan pengaplikasian ilmu ini dalam bidang sukan telah lama digunakan di negara maju.

Bincangkan kepentingan sains dalam pembangunan sukan.

4.Kemusnahan hidupan marin merupakan kesan terbesar akibat daripada tumpahan minyak. Fenomena ini juga memberi impak lain kepada persekitaran.

Bincangkan.

Soalan PA2 STPM Percubaan 2010 - Sabah

BAHGAIAN A

1.Kemelut sosial remaja pada masa ini amat kritikal dan membimbangkan. Ibubapa tidak boleh dipersalahkan semata-mata kerana banyak faktor faktor lain yang mempengaruhi golongan remaja.

Bincangkan pernyataan di atas

2.Mutakhir ini, kenaikan harga pelbagai barang secara drastik menuntut kebijaksanaan pengguna dalam berbelanja. Pada masa yang sama pihak kerajaan perlu mengambil langkah berkesan agar pihak pengguna sentiasa terpelihara.

Bincangkan

BAHGAIAN B

3.Biodiversiti penting kepada semua hidupan bumi. Justeru, pelbagai pendekatan yang proaktif perlu diambil untuk mengekalkan keseimbangannya.

Bincangkan.

4.Kepentingan aplikasi teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dalam pembangunan sumber manusia memang tidak dapat disangkal lagi. Namun demikian, terdapat kesan negatif terhadap perkembangan tersebut.

Bincangkan.

Soalan PA2 STPM Percubaan 2010 - Kedah

BAHAGIAN A

1.Sistem pengangkutan awam yang cekap amat penting kepada negara.Justeru, langkah langkah yang berkesan haruslah diambil bagi meningkatkan mutu perkhidmatannya.

Bincangkan

2.Laman sosial seperti “facebook”,” twitter “dan sebagainya merupakan salah satu perkhidmatan internet terkini. Namun laman sosial ini sebenarnya member implikasi kepada masyarakat dan negara. Bincangkan

BAHAGIAN B

3”Light Amplication Stimulated Radiation” atau Laser bermaksud sumber cahaya yang diperkuatkan hasil daripada rangsangan atau stimulasi pancaran radiasi. Bincangkan manfaat penggunaan teknologi laser dalam kehidupan manusia.

4,“Biodiversiti merujuk kepada kepelbagaian biologi seperti tumbuh tumbuhan, haiwan dan mikroorganisma dan ia amat penting kepada struktur dan fungsi ekosistem”.Bincangkan kepentingan biodiversiti kepada manusia dan kesan sekiranya berlaku gangguan terhadapnya.

Soalan PA2 STPM Percubaan 2010 -Terengganu

BAHAGIAN A

1.Pendidikan dan kepimpinan merupakan dua faktor penting yang dapat membantu perkembangan dan pertumbuhan ekonomi negara. Namun disamping itu terdapat faktor faktor lain.

Jelaskan pernyataan di atas

2.Belakangan ini kes pembuangan bayi semakin menjadi jadi dalam kalangan reamja, Pelbagai usaha perlu diambil untuk mengawalnya.

Jelaskan pernyataan diatas.

BAHAGIAN B

3.Kitar semula boleh mendatangkan pelbagai faedah kepada manusia dan alam sekitar.

Bincangkan

4.Pemakanan kesihatan semakin mendapat sambutan masyarakat hari ini, Namun demikan, pemakanan kesihatan jiga boleh memudharakan kesihatan manusia.

Bincangkan

Pengajian Am 2 Soalan Percubaan 2010 - Perak

BAHAGIAN A

1.Cabaran ke tujuh dalam Wawasan 2020 ialah mewujudkan masyarakat penyayang dan budaya penyayang. Masyarakat penyayang ialah masyarakat yang hidup bermuafakat dengan anggota-anggotanya yang mesra dan bertimbang rasa.

Bincangkan rasional kerajaan menekankan konsep masyarakat penyayang dalam wawasan 2020.

2.Inovasi dalam penghasilan pelbagai gajet sains dan teknologi seperti ICT telah memnfaatkan kehidupan manusia namun jika disalahgunakan akan memudaratkan kita.

Jelaskan pernyataan di atas.

BAHAGIAN B

3.Aktiviti sukan berperanan untuk meningkatkan kesihatan dan kualiti hidup manusia yang mengamalkannya.Namun jika tidak dimanfaatkan aktiviti ini boleh menjejaskan kehidupan kita.

Jelaskan

4.Kini, kepupusan fauna semakin membimbangkan.Ancaman terhadap spesies ini selari dengan pemodenan, walaupun pelbagai inisiatif telah diambil bagi mengawalnya.

Bincangkan