Followers

Monday, October 19, 2009

SOALAN PERCUBAAN PA2 2009 (BAHAGIAN A & B)

NEGERI JOHOR

BAHAGIAN A

Peningkatan harga bahan bakar merupakan punca utama kenaikan harga barang di pasaran. Walaubagaimanapun, terdapat situasi lain yang mempengaruhi kenaikan harga tersebut. Bincangkan

Sektor pertanian dan industri asas tani mengahadapi pelbagai kekangan untuk menjadi sektor yang lebih moden, dinamik dan berdaya saing. Oleh itu, transfomasi perlu dilakukan sebagai jalan penyelesaiannya. Jelaskan

BAHAGIAN B

Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WTO), “..akhiran ini krisis bekalan makanan berkhasiat dunia kian meruncing. Keadaan ini boleh menimbulkan konflik yang serius kepada kesihatan manusia sejagat.’’ Bincangkan pernyataan tersebut.

Terumbu karang merupakan ekosistem marin yang mempunyai kepentingan tertentu, hidupan ini terus terancam oleh aktiviti aktiviti manusia. Bincangkan


NEGERI SABAH

BAHAGIAN A

Perpaduan yang rapuh telah menghalang pencapaian Wawasan 2020 yang antara lain bertujuan mewujudkan negara Malaysia yang bersatu padu iaitu mempunyai matlamat yang serupa dan dikongsi bersama. Huraikan punca-punca kegoyahan tersebut dan cadangkan langkah-langkah untuk memupuk perpaduan dalam kalangan masyarakat.

Malaysia berada di tangga ke empat dalam indek gejala rasuah di Asia. Gejala ini antara lain berpunca daripada sistem birokrasi yang diamalkan dalam kalangan para penjawat awam atau swasta. Dalam hal ini, tindakan-tindakan yang proaktif perlu diambil untuk menangani gejala ini daripada berleluasa. Bincangkan.

BAHAGIAN B

Indeks kualiti air semakin merosot akibat daripada penggunaan pelbagai racun seperti DDT dan baja kimia. Di samping itu terdapat juga faktor-faktor lain yang menyumbang kepada pencemaran kualiti air. Bincangkan

Kemunculan penyakit-penyakit bawaan vector semakin berleluasa. Penyakit-penyakit bawaan vektor seperti malaria, Jananese Encephalitis (JE), SARS, selesema burung, H1N1 dan demam denggi ialah contoh penyakit yang serius. Penyakit ini menyebabkan komplikasi yang akan mengancam nyawa, membawa kepada kematian dan boleh menular dalam komuniti. Deman denggi antara pembunuh utama. Huraikan punca-punca merebaknya penyakit demam denggi dan cadangkan langkah-langkah pencegahannya.


NEGERI MELAKA

BAHAGIAN A

Kerajaan telah memberikan beberapa keistimewaan kepada Orang Kurang Upaya (OKU), namun pada masa yang sama, majikan masih tidak mahu mengambil mereka sebagai pekerja. Bincangkan.

Masalah jenayah seksual terhadap kanak sering menarik perhatian masyarakat. Penerapan budaya masyarakat penyayang oleh pihak-pihak tertentu telah dicemari oleh sikap sesetengah masyarakat yang tidak berperikemanusiaan. Jelaskan faktor-faktor yang menyebabkan perkara ini berleluasa dan implikasinya.

BAHAGIAN B

Mukakhir ini, hasil daripada penyelidikan dan pembangunan, penerokaan angkasa lepas telah membawa kemajuan dalam pelbagai bidang. Bincangkan

Senaman tidak terkawal boleh memberi impak negatif kepada kita. Namun, prosedur senaman yang betul patut perlu dipatuhi untuk mengelakkan kesan tersebut. Bincangkan

SOALAN PERCUBAAN PA2 2009 (BAHAGIAN A & B)

NEGERI KELANTAN

BAHAGIAN A

Pelbagai cabaran terpaksa dihadapi oleh negara terutamaynya dalam usaha merealisasikan sistem pendidikan bertaraf dunia di kawasan luar Bandar. Bagi merealisasikan hasrat ini, kerjasama daripada semua pihak amat diperlukan. Bincangkan

Sejak akhir-akhir ini sukan dibangunkan oleh negara secara terancang kearah memantapkan intergrasi nasional. Selain usaha itu negara juga proaktif melaksanakan pelbagai pendekatan bagi mencapai hasrat murni tersebut. Jelaskan pernyataan di atas

BHAGIAN B

Penyakit-penyakit berbahaya yang dikenalpasti pada masa kini seperti penyakit jantung, kanser dan diabetes sering dikaitkan dengan perkembangan pesat dalam bidang teknologi modern Penyakit ini juga disedari dirangsang oleh pengaruh bukan teknologi. Huraikan

Manusia dan alam sekitar mempunyai satu bentuk hubungan yang kompleks bagi menjamin kelangsungan hidup yang sejahtera. Malangnya, akibat kerakusan manusia mengejar pembangunan telah menyebabkan kelestarian alam sekitar gagal dipertahankan.
Bincangkan


NEGERI TERENGANU

BAHAGIAN A

Kadar celik huruf merupakan satu indikator pembangunan sesebuah negara. Bincang apakah indikator indikator lain yang boleh digunakan untuk mencapai matlamat tersebut.

Pelbagai usaha telah dijalankan untuk meningkatkan prestasi akademik pelajar. Huraikan

BAHAGIAN B

Pemanasan global yang dihadapi dunia berisiko membawa kepada berlakunya krisis sumber makanan. Namun bukanlah pemanasan global sahaja yang boleh mencetuskan risiko ini. Bincangkan

Kurang melakukan aktiviti fizikal, senaman atau larian kecil di samping faktor-faktor lain merupakan penyebab yang menjejaskan tahap kecergasan atau mewujudkan rasa tidak bertenaga. Jelaskan pernyataan tersebut.


NEGERI PAHANG

BAHAGIAN A

Kenaikan harga minyak mentah dunia meningkatkan kesan kepada pengguna dan kerajaan. Oleh itu kerajaan perlu melaksanakan pelbagai langkah untuk menanganinya. Bincangkan

Kempen kesedaran bukanlah satu-satunya langkah untuk menangani masalah penyalahgunaan dadah di negara ini. Terdapat beberapa cara lain yang perlu dilaksanakan oleh kerajaan untuk menanganinya Bincangkan

BAHAGIAN B

Kawasan tanah tinggi mempunyai pelbagai kepentingan kepada manusia sejagat dan penerokaan akan menimbulkan pelbagai kesan negatif. Bincangkan

Kadar kematian yang tingi akibat perebakan pelbagai jenis penyakit berjangkit di negara ini telah menimbulkan kebimbangan dalam kalangan masyarakat. Bincangkan punca-punca perebakan penyakit berjangkit serta cadangkan langkah langkah untuk mengatasinya.


NEGERI PERAK

BAHAGIAN A

Fenomena harga melekat merupakan istilah yang digunakan untuk penjual yang menaikkan harga barangan dan terus bertahan pada harga tersebut. Walaubagaimanapun pendorong seperti kenaikan harga minyak telah kembali normal. Bincangkan faktor-faktor yang menyebabkan berlakunya fenomena tersebut dan langkah yang boleh diambil oleh pengguna untuk mengatasinya.

Media alternatif diumpamakan seperti sebilah pedang yang mampu membentuk perspektif pembaca. Penulis dan pembacalah yan menentukan samada untuk memanfaatkanya atau sebaliknya. Jelaskan

BAHAGIAN B

Kawasan terumbu karang di negara ini penting untk menjamin kemandirian hidupan.
Namun, pelbagai ancaman terhadap kawasan ini telah menjejaskan kestabilan ekosistem marin. Jelaskan

Teknologi nano merupakan pengeluaran atom yang boleh dimanfaatkan untuk menghasilkan pelbagai produk. Teknologi ini bertujuan untuk memudahkan manusia menjalani pelbagai aktiviti melalui medium teknologi Yang lebih maju dan pintar. Bincangkan sumbangan teknologi nano dalam memudahkan kehidupan manusia.


NEGERI PERLIS

BAHAGIAN A

Dewasa ini kita sering menganjurkan kejohanan sukan yang bertaraf antarabangsa.
Pelbagai implikasi timbul daripada penganjuran sukan tersebut. Bincangkan

Membaca merupakan salah satu ciri amalan dan budaya dalam masyarakat maju. Kempen membaca yang dijalankan oleh kerajaan mempunyai tujuan yang tertentu. Namun, pelbagai faktor yang menghalang masyarakat dari membudayakan amalan murni ini. Bincangkan

BAHAGIAN B

Dunia hari ini dibimbangi dengan masalah kekurangan bahan makanan. Penggunaan teknologi dikatakan mampu menangani permaslahan ini. Bincangkan

Pembangunan lestari memerlukan usaha-usaha yang berterusan dalam menjamin pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar. Bincangkan