Followers

Sunday, May 24, 2009

Bengkel Pengajian Am 2 Hasil Kerja Pelajar


LARAS SAINS

SOALAN:

Bahan fosil seperti petroleum, arang batu, dan gas asli akan kehabisan memandangkan penggunaanya sudah sampai ke tahap maksimum. Ketiadaan sumber tenaga akan merumitkan negara serta kehidupan orang ramai. Oleh itu, para penyelidik telah menemui sumber alternatif bagi mengatasi krisis tenaga tadi. Bincangkan kelebihan yang dapat diperolehi melalui sumber alternatif.


Perkembangan sains dan teknologi mendorong kepada kewujudan pelbagai jenis sumber alternatif bagi membantu manusia.Sumber alternatif ini dapat membantu dalam masalah negara yang berhadapan dengan kehabisan bahan fosil seperti petroleum, arang batu,dan gas asli. Sungguhpun bahan fosil ini akan merumitkan Negara serta kehidupan orang ramai sekiranya ia mengalami kehabisan ,sumber alternatif akan dapat membantu. Antara sumber alternatif yang telah berjaya dihasilkan ialah tenaga suria, tenaga biomas, tenaga nuklear, tenaga hidro elektrik, tenaga ombak, dan tenaga angin.


Sumber alternatif yang berjaya dihasilkan oleh pakar penyelidik mempunyai banyak kelebihan kepada kehiupan manusia. Antara kelebihan sumber alternatif kepada negara dan kehidupan manusia ialah mengatasi krisis tenaga.Malaysia yang juga tidak lari dalam masalah pada masa akan datang iaitu kehabisan bahan fosil. Sememangnya bahan fosil ini membantu masyarakat dalam menjalankan kegiatan seharian. Bahan fosil membantu kepada kenderaan, arang batu banyak digunakan dalam perindustrian dan sebagainya. Dengan kewujudan sumber alternatif ini dapat mengurangkan penggunaan bahan fosil yang semakin kepupusan. Oleh itu, bahan fosil ini akan dapat diwarisi kepada generasi akan datang.


Selain itu, kewujudan sumber alternatif memberi kebaikan dari segi mutu kebersihan alam sekitar. Hal ini kerana sumber alternatif ini tidak mencemarkan alam sekitar berbanding dengan bahan fosil yang menjejaskan alam sekitar. Penggunaan bahan fosil yang tidak terkawal dan sampai ke tahap maksimum akan memudaratkan alam sekitar.Misalnya, tenaga hidroelektrik banyak digunakan dalam penjanaan tenaga elektrik.Empangan hidroelektrik banyak membantu masyarakat untuk mendapatkan tenaga elektrik yang mencukupi dan ia tidak melibatkan pencemaran alam sekitar sebalilnya kegiatan pembersihan perlu dilakukan untuk penjanaan elektrik yang sempurna.


Sumber tenaga alternatif yang dapat dikitar semula juga dapat mengurangkan bebanan ekonomi negara di mana terpaksa menggunakan modal yang besar untuk mewujudkan sumber alternatif yang baru. Penjimatan penggunaan bahan yang tidak boleh dikitar semula adalah langkah yang positif ke arah mengekalkan adanya bahan-bahan penting itu. Contohnya bahan sisa buang biojisim yang boleh diproses untuk menghasilkan gas metana ataupun tenaga elektrik.


Di samping itu, sumber alternatif juga boleh digunakan dalam perubatan. Apabila pembangunan Negara dalam sains dan teknologi dikecapi, ramai pakar-pakar dalam bidang penyelidikan dapat dilahirkan. Hasil daripada penyelidikan di dapati bahawa tenaga nuklear mampu digunakan untuk tujuan perubatan. Tenaga nuklear yang digunakan dalam perubatan misalnya untuk mengenal pasti penyakit yang berkaitan dengan bakteria-bakteria halus dalam badan dan mengesan penyakit barah. Dengan kejayaan ini,masyarakat akan dapat mengesan penyakit yang berbahaya pada tahap awal. Hal ini juga akan mengurangkan pergantungan masyarakat untuk mendapatkan rawatan di luar negara.


Kesimpulannya,sumber alternatif ini mempunyai banyak kebaikan daripada keburukannya. Oleh itu, sumber alternatif ini perlu dijaga dan dipelopori oleh semua pihak untuk memastikan sumber bahan fosil dapat dikekalkan daripada mengalami kepupusan. Dengan itu, negara kita akan dipandang tinggi oleh masyarakat dunia sekiranya Malaysia mempunyai pelbagai sumber tenaga alternatif yang diwujudkan.


Hasil Kerja : NORFARHANIM IBRAHIM 6AW 2009




LARAS SASTERA

Soalan: Pealuran asing amat penting kepada sesebuah negara yang sedang membangun seperti Malaysia. Terdapat Pelbagai cara yang dilakukan untuk menarikpelabur asing. Bincangkan


Pelaburan merupakan elemen penting dalam menentukan pertumbuhan ekonomi yang berterusan. Kemasukan pelaburan asing amat penting kepada sesebuah negara yang sedang membangun terutama Malaysia. Terdapat pelbagai cara yang dilakukan oleh kerajaan untuk menarik pelabur asing.


Kepentingan pelaburan asing ialah menyediakan peluang pekerjaan kepada penduduk terutama dalam sektor perindustrian sama ada tenaga buruh mahir atau separuh mahir. Kewujudan peluang pekerjaan akan mengurangkan kadar pengangguran di negara ini. Selain itu, kemasukan pelabur asing dari negara maju seperti Amerika Syarikat dapat meningkatkn pendapatan Negara melalui pengaliran masuk mata wang asing dari negara asing.Kemasukan pelaburan asing akan meningkatkan KDNK Negara dan menjamin pertumbuhan ekonomi yang pesat.


Selain itu, kemasukan pelaburan asing dalam sesebuah negara dapat meningkatkan teknologi dan berlaku pemindahan teknologi. Pemindahan teknologi dan perkongsian kepakaran untuk menghasilkan produk yang berkualiti dan mampu bersaing di peringkat global. Kemasukan syarikat multinasional akan menyebabkan kemajuan dalam sektor perindustrian. Contohnya, R&D dalam reka bentuk model kereta, sistem enjin aksesori dlam pengeluaran kereta Proton melalui kerjasama syarikat Jepun menyebabkan industri automobil negara mampu bersaing dengan pasaran antarabangsa.


Pelbagai langkah dijalankan oleh kerajaan untuk menggalakkan pelaburan asing. Antara langkah yang dilakukan ialah menyediakan kemudahan prasarana dan infrastruktur yang lengkap. Kemudahan asas yang lengkap seperti jaringan pengangkutan yang cekap, sistem telekomunikasi dan bekalan air dan elektrik. Prasarana yang lengkap dapat menarik pelabur asing untuk melabur terutama dalam sektor perkilangan.Contohnya, penyediaan tapak kilang yang strategik dan mempunyai darjah ketersampaian yang tinggi dapat menarik minat pemodal asing untuk membuka kilang di negara ini.


Penyediaan galakan pelaburan atau insentif merupakan daya tarikan untuk menarik minat pelabur asing untuk membuat pelaburan.Kerajaan telah memberi galakan pelaburan kepada pemodal asing seperti taraf printis iaitu pengecualian cukai dalam tempoh 10 tahun kepada pelabur asing, di samping itu, kerajaan melonggarkan peraturan pelaburan dengan membenarkan rakyat asing memiliki ekuiti yang tinggi sehingga seratus peratus dalam sesuatu projek.


Kesimpulannya, pelaburan asing dijangka meningkat sekiranya Malaysia berusaha menyediakan suasana yang kondusif dan menjamin keselamatan pelaburan asing di negara ini.


HASIL KERJA : NURAIDA BT JUSOH 6AW 2009




1. LARAS SAINS - SUMBER TENAGA BIOGAS


Penemuan dan penghasilan sumber tenaga baru seperti biogas mendatangkan manfaat yang banyak kepada kehidupan manusia. Walau bagaimana pun, sumber tenaga tersebut turut menimbulkan risiko kepada sesebuah Negara. Huraikan


Skema:

a) Kepentingan

i. Sumber alternative menggantikan petroleum

ii. Pencemaran alam sekitar dapat diatasi

iii. Meningkatkan R & D dalam penggunaan biogas

b) Kesan

i. Menjejaskan ekologi alam sekitar (hakisan akibat penerokaan hutan untuk

ganti hutan dan sumber yang boleh menghasilkan biogas)

ii. Pemusnahan hutan secara berleluasa

menjejaskan sumber perubatan /flora dan fauna

- keselamatan suhu terjejas

- terjejas bekalan air




2. LARAS SAINS- PENYAKIT WARGA TUA


Statistik menunjukkan kadar peningkatan penyakit seperti penyakit jantung,darah tinggi dan kencing manis dalam kalangan warga tua amat ketara. Sehubungan itu,pelbagai usaha untuk menangani masalah ini perlu dilaksanakan. Bincangkan.


Skema:

A)PUNCA-PUNCA

1. Daya tahan penyakit

2.Tidak aktif

3. Psikologi

B)LANGKAH-LANGKAH

4. Prasarana perubatan warga tua

5 .R&D

6. Pemeriksaan berkala



3.LARAS SATERA- HAKISAN BUDAYA

Dalam usaha Negara membawa Malaysia kea rah Negara maju sebagaimana dicita-citakan dalam Wawasan 2020, didapati unsur budaya tradisional dalam kalangan generasi muda kian luntur. Jelaskan.


Skema:

A)PUNCA-PUNCA

1. Sikap generasi muda

2. Pengaruh globalisasi

3. Kurang didikan agama

4. Pengaruh rakan sebaya

5. Kelemahan system pendidikan

6. Institusi keluarga –pincang



4. LARAS SASTERA – SUBSIDI


Pemberian subsidi kerajaan adalah antara usaha untuk membantu rakyat menghadapi kemelut peningkatan harga barang dan perkhidmatan ekoran kenaikan harga petrol di pasaran antarabangsa. Selain itu masih banyak pendekatan lain yang boleh dilakukan untuk tujuan di atas. Huraikan


Skema:

A) Isi Wajib –

1.Subsidi

B)Pendekatan Lain

2. Kawalan harga

3. Kempen usaha Sediri

4. Perbelanjaan berhemah




KUMPULAN 11


Isu: Keganasan Global


Keganasan Global Sejak belakangan ini kes-kes keganasan global bukan lagi merupakan perkara yang luar biasa. Fenomena ini telah menjejaskan keselamatan sejagat jika tidak dibendung. Huraikan langkah-langkah yang boleh diambil untuk mengatasi masalah tersebut.

Bentuk soalan:

Soalan satu tugasan


Skema

1. Peranan PBB

2. Mewujudkan undang-undang pencegahan keganasan

3. Mengeratkan kerjasama antara negara yang berlainan agama dan budaya

4. Mewujudkan kerjasama politik dan ketenteraan antara negara.



Isu: Seni Batik

Industri batik di Malaysia mempunyai potensi untuk maju dan berkembang kerana keunikan dan keistimewaannya. Namun terdapat pelbagai halangan yang boleh menjejaskan perkembangannya. Bincangkan

Bentuk soalan:

Dua tugasan seimbang


Skema

Kekuatan

  1. Warisan tradisional yang unik
  2. Melambangkan identiti tersendiri
  3. sumber pendapatan/ ekonomi masyarakat
  4. Tarikan pelancong


Halangan

  1. Saingan daripada keluaran industri moden
  2. Masalah kekurangan modal
  3. Generasi muda kurang berminat untuk mewarisi kepakaran perusahaan batik
  4. Diusahakan secara kecil-kecilan



Isu :Bahan Kimia/ perubatan

Penggunaan bahan kimia telah banyak membantu dalam bidang perubatan. Walau bagaimanapun penggunaan bahan kimia secara berlebihan akan mendatangkan kesan kepada kehidupan manusia dan alam sekitar. Jelaskan

Bentuk soalan:

Dua tugasan seimbang


Skema

Kepentingan

  1. Membantu merawat penyakit
  2. Meningkatkan kajian perubatan

Kesan buruk

  1. Kesihatan manusia terjejas akibat kesan sampingan
  2. Pencemaran alam sekitar
  3. Kualiti air terjejas



Isu: Ubatan Tiruan

Terdapat pelbagai jenis dan jenama ubatan tiruan di pasaran untuk mengubati pelbagai jenis penyakit. Ubat-ubatan ini dapat dibeli dengan mudah oleh sesiapa sahaja di kedai-kedai ubat yang terdapat di seluruh negara. Jelaskan kesan penggunaan ubat-ubatan tiruan ini kepada kesihatan manusia.

Tugasan soalan:

Satu tugasan


Skema

  1. memudaratkan fizikal manusia
  2. Merosakkan organ dalaman
  3. menjejaskan imunisasi / daya ketahan
  4. kesan kepada genetik / baka



KUMPULAN 14


ESEI LARAS SASTERA

TAJUK/ ISU: PERUMAHAN


Soalan:

Kegagalan pemaju menyiapkan projek perumahan telah menimbulkan keresahan kepada pembeli. Hal ini juga menyebabkan wujudnya masalah kepada pemaju dan negara.

Ulaskan pernyataan di atas.


Skema Jawapan:

A) Kesan kepada pembeli

1. Beban kepada pembeli

B) Kesan kepada pemaju

2. Beban kos pemaju

3. Kos saman pengguna

4. Menjatuhkan imej

C) Kesan kepada negara

5. Mencacatkan pemandangan

6. Pihak yang berkaitan terima aduan


Cacatan: 1A+ 1B+1C dan mana-mana salah satu daripada B atau C


ESEI LARAS SAINS DAN TEKNOLOGI


TAJUK/ ISU : BIOTEKNOLOGI


SOALAN:

Perkembangan bioteknologi dalam bidang pertanian telah membawa perubahan kepada negara. Walau bagaimanapun tidak dapat dinafikan teknologi ini juga boleh menjejaskan masa depan sektor pertanian.

Bincangkan.


Skema jawapan:

A) Manfaat

1. Menghasilkan baka yang berkualiti

- tumbesaran cepat

- buah lebih besar, tanpa biji dan cepat matang

2. Mempelbagaikan spesis tanaman

- menghasilkan spesis baru

- sesuai dengan iklim

B) Masalah

3. Kesan sampingan kepada manusia

- alahan

- penyakit

4. Penyakit tanaman

- kelemahan genotip dan mudah diserang penyakit


Catatan: 2A+2B



TAJUK/ISU : Sains dan keselamatan jalan raya


Soalan:

Belakangan ini kes kemalangan jalan raya yang semakin membimbangkan terbukti berkaitan dengan pengaruh teknologi. Walau bagaimanapun sains dan teknologi dapat membantu para pengguna jalan raya.

Huraikan.


Skema Jawapan:

A) Punca

1. Uji kelajuan

2. Pengaruh teknologi melalaikan

3. Teknologi dalam media pengiklanan

B) Kepentingan

4. Kawal keselamatan

5. Mengesan pesalah jenayah

6. Binaan jalan raya


Catatan : 2A+2B












Bengkel Pengajian Am 2 Hasil Kerja Pelajar 2009


KUMPULAN 6



Esei bahagian A : Laras Sains Sosial

A) Sosial- Pendidikan


Soalan : 1

Kelemahan system pendidikan di Institusi Pengajian Tinggi Awan di Malaysia merupakan punca berlakunya pengganguran dalam kalangan siswazah pada masa kini. Jelaskan



Skema

  1. Kursus
  2. Kualiti – siswazah yang dlahirkan

- pensyarah

  1. Fokus bahasa Inggeris – antarabangsa
  2. Hubungan antarabangsa
  3. Kuota pengambilan



B) Ekonomi – upah minimum

Soalan : 2


Kebanjiran pendatang asing ke Malaysia telah menurunkan kadar upah yang minimum dalam sector pekerjaan terutamanya sector swasta. Selain itu, penurunan ini juga dipengaruhi oleh banyak faktor. Jelas penyataan di atas.


Skema

  1. Pendatang asing
  2. Sikap majikan
  3. Tahap pendidikan / kemahiran buruh
  4. Nilai RM berbanding dengan kadar tukaran asing.
  5. Penawaran buruh kasar


Esei bahagian B : Laras Sains dan teknologi


B) Kesihatan – Penyakit kronik jantung


Soalan : 3

Belakangan ini penyakit kardiovaskular telah menjadi pembunuh utama dalam kalangan rakyat Malaysia. Fenomena ini perl di atasi segera sebelum menjadi lebih teruk. Huraikan


Skema.

Punca

1. Amalan pemakanan

2. Gaya hidup tidak sihat

3. Kebergantungan kepada teknologi moden

Langkah.

1. Mengamalkan pemakanan yangseimbang

2. Gaya Hidup sihat

3. Rawatan berkala


D) Sumber tenaga - Solar

Soalan 4

Penggunaan tenaga solar semakin diyakini sebagai tenaga alternatif, bahkan penggunaannya semakin meluas di kebanyakan negara. Bincangkan kelebihan dan kelemahan penggunaan tenaga solar.


Skema

Kelebihan / Kepentingan

1. Mesra alam

2. Dapat digunakan secara berterusan

Kelemahan

  1. Penggunaan pada waktu siang sahaja
  2. Dipengaruhi cuaca
  3. Kapasiti tenaga



KUMPULAN 8


LARAS SAINS SOSIAL


A. Sosial – Penghijrahan/Pendatang asing

Soalan – Kemasukan pendatang asing banyak memberi sumbangan terhadap pembangunan ekonomi Negara. Walau bagaimanapun kita perlu berwaspada terhadap kehadiran mereka.

Bincangkan.


Skema jawapan

A – Sumbangan

1. Mengatasi masalah kekurangan tenaga buruh

2. Mewujudkan persaingan sihat

3. Menjana sektor ekonomi Negara

4. Meningkatkan industri pelancongan negara

B – Keburukan

1. Meningkatkan kadar jenayah

2. Meningkatan pengangguran penduduk tempatan

3. Menularnya penyakit berjangkit

4. Pengaliran wang keluar

5. Pengaruh budaya asing


Ekonomi – Kawalan Mata Wang


Soalan – Penambatan mata wang dalam tukaran asing berjaya membantu negara mengharungi masalah kegawatan ekonomi.

Jelaskan


Skema jawapan

1. Mengurangkan risiko spekulasi ke atas nilai mata wang Negara

2. Meyakinkan pelaburan asing

3. Dapat menyekat peningkatan harga barang di pasaran tempatan

4. Mewujudkan keharmonian negara

5. Kawalan aliran keluar wang Negara


B. Sains dan Teknologi

Kesihatan – Pemakanan punca penyakit


Soalan – Rutin pemakanan dalam kalangan masyarakat pada hari ini dikaitkan dengan pelbagai jenis penyakit berbahaya.

Jelaskan


Skema jawapan

  1. Pemakanan tidak seimbang
  2. Penyediaan makanan
  3. Pemilihan makanan
  4. Makanan separuh mentah
  5. Makan di luar


Sumber tenaga - Fosil


Soalan – Penggunaan tenaga fosil lebih digemari berbanding sumber tenaga yang lain. Sebaliknya penggunaan sumber tenaga ini mendatangkan pelbagai masalah kepada kehidupan manusia. Jelaskan.


Skema Jawapan

A. -Sebab digemari

  1. Penggunaan dalam pelbagai sektor
  2. Kapasiti tenaga yang tinggi

B. -Masalah kepada manusia

1. Pencemaran

2. Kepupusan sumber


KUMPULAN 15

1.FLORA DAN FAUNA

Kepelbagaian biologi berhubung kait dengan kesejahteraan hidup manusia .Justeru kepupusan sumbernya perlu diberi perhatian serius.Jelaskan

Isi

a. Kepentingan

1. Ubat-ubatan (herba)

2. Sumber makanan

3. Bekalan oksigen/ekosistem

b. Langkah

1. Penyelidikan pemeliharaan dan pemuliharaan

2. Pembiakan genetic

3. Vegetasi(Proses menyuburkan tanah)


2.HIDRO

Sumber tenaga hidro semakin mendapat sambutan baik dalam kalangan Negara maju mahupun Negara-negara sedang membangun. Selain dengan perkembangan ini Malaysia turut menerokai bidang ini secara aktif berlandaskan potensi yang ada.

Kepentingan

1. Sumber tenaga alternative

2. Mengelakkan/mengurangkan pencemaran

Potensi

1. Sumber air

2. Kepakaran

3. Keistimewaan hidro-mesra alam


3.PELABURAN ASING(TUGASAN FOKUS TIDAK SEIMBANG 1 t 3)

Banyak Negara membangun bergantung kepada pelaburan asing.Sehubungan itu kerajaan Malaysia telah memperuntukkan sebahagian besar wang untuk menambah baik infrastruktur Negara bagi menjana minat para pelabur. Ulaskan pernyataan ini

ISI

Langkah

1. Prasarana

2. Insentif-taraf perintis

3. Lawatan diplomatic

4. Promosi dan kempen-media


4.KAMERA LITAR TERTUTUP(CCTV)

Kemajuan dalam bidang sains dan teknologi telah member manafaat kepada manusia sejagat.Ciptaan seperti cctv telah menyebabkan pelbagai urusan yang rumit dapat di selesaikan .Jelaskan pernyataan ini

ISI

1. Kaji Cuaca

2. Rakaman lalulintas (trafik)

3. Aspek keselamatan

4. Aktiviti diagnosis (Image Prosesing)






Bengkel Pengajian Am 2 di Permai Inn KT


KUMPULAN 5


Esei Laras Sastera


i. Bidang sosial


Skop: Jenayah remaja/salah laku remaja


Belakangan ini penglibatan remaja dalam tidak bermoral di negara ini membimbangkan banyak pihak. Pelbagai cara telah diambil untuk mengatasi masalah ini.Bincangkan.


Skima

A. Punca/ sebab

  1. Latarbelakang keluarga
  2. Pengaruh rakan sebaya
  3. Kurang didikan agama/moral/amalan nilai murni
  4. media massa/globalisasi

B. Langkah atasi

  1. Pendidikan dalam intitusi keluarga / sekolah
  2. Kerjasama masyarakat
  3. kuatkuasa undang-undang
  4. Kempen kesedaran nilai murni


ii. Bidang ekonomi


Skop: Memperkasakan sektor pertanian


Dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK9), kerajaan memberikan fokus kepada usaha membangunkan pertanian komersial berskala besar. Selain mengembangkan aktiviti pemprosesan dan mempelbagaikan produk, Usaha gigih turut dijalankan bagi mengukuhkan rangkaian pemasaran di peringkat global.


Jelaskan cabaran-cabaran yang perlu diatasi dalam usaha memperkasakan sektor pertanian di negara ini.


Skima

  1. Keperluan sumber modal/ tenaga buruh/tenaga pakar
  2. Kemajuan R&D/ teknologi
  3. Saingan pasaran global
  4. Saingan guna tanah
  5. Khidmat sokongan (kerajaan/ swasta)
  6. Prasarana tidak meluas



Esei Laras Sains


Bidang kesihatan


Skop: Penyakit kronik: Penyakit kuku dan mulut dalam kalangan kanak-kanak.

Akhir-akhir ini, penyakit kuku dan mulut kerap dikesan dalam kalangan kanak-kanak di Malaysia. Justeru, perhatian serius terhadap perkara ini wajar diambil. Jelaskan.


Skema:

A. punca

  1. sekitaran
  2. tidak ambil imunisasi
  3. pemakanan

B: Langkah-langkah:

1. Amalan penyusuan ibu.

2. Penjagaan kebersihan sekitaran.

3. imunisasi awal

4. rawatan berkala



KUMPULAN 9


BAHAGIAN A ( LARAS SASTERA )

1. SENI FILEM

Hasil-hasil karya filem tanah air masih tidak mendapat sambutan sepenuhnya daripada penonton tempatan.

Hasil-hasil karya filem tempatan masih gagal mendapat kutipan yang memberansangkan apabila ditayangkan di pawagam-pawagam kerana tidak mampu bersaing dengan filem-filem luar negara. Jelaskan


Skema Jawapan

1. Kurang pengetahuan dan kemahiran – skrip, artis, pengarah dan krew.

2. Teknologi yang rendah

3. Kekurangan modal

4. Masalah penapisan filem-filem tempatan yang terlalu ketat.


2. KETOKOHAN PEMIMPIN


Kestabilan ekonomi dapat menjamain kemajuan bangsa dan negara. Namun ciri-ciri ketokohan pemimpin merupakan eset penting dalam mencapai matlamat tersebut.

Sejauh manakah anda bersetuju dengan pernyataan di atas?


Skema Jawapan

1. Kestabilan ekonomi

2. Menghayati dan mengamaikan nilai-nilai murni.

3. Berpendidikan, berpengalaman dan berpengetahuan

4. Berkarisma



BAHAGIAN B ( LARAS SAINS )


1. KESIHATAN (Sekitaran Punca Penyakit)

Persekitan yang tercemar telah mengundang pelbagai jenis penyakit kepada manusia. Jelaskan


Skema Jawapan

1. Tempat pembiakan lalat dan serangga

2. Bau busuk yang menganggu ketenteraman hidup.

3. Udara yang tercemar menyebabkan kekotoran di udara merosakkan organ

seperti kanser paru-paru dan asma.

4. Air yang tercemar menyebabkab alahan/keracunan makanan.



2. PEMAKANAN


Penggunaan bahan kimia amat perlu dalam penghasilan makanan dan penjagaan kesihatan. Namun, pengambilannya secara berlebihan menyebabkan seseorang memnerima natijah yang sebaliknya. Jelaskan.


Skema Jawapan

1. Mempelbagikan variasi makanan - penghasilan roti

- Pengawet makanan

- Perisa dan pewarna.

2. Makanan suplemen - tambah tenaga

- Kecantikan

Kesan negatif

3. Penyakit.

4. Alahan

5. Keracunan.





KUMPULAN 13 ESEI


(SUKAN DAN PERPADUAN) (1 + 3)


SOALAN:


Malaysia berusaha memajukan bidang sukan sebagai alat untuk memantapkan integrasi nasional. Selain usaha ini, negara proaktif merealisasikan agenda di atas melalui pelbagai pendekatan.

Jelaskan pernyataan di atas.


SKEMA JAWAPAN:


  1. Sukan sebagai alat untuk memantapkan integrasi nasional
  2. Pendekatan-pendekatan lain untuk memantapkan integrasi nasional
  1. melalui pendidikan

- Dasar Pendidikan Kebangsaan untuk menyatupadukan rakyat yang berbilang kaum

- Menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar

- Berasaskan kurikulum, kegiatan kokurikulum dan peperiksaan yang sama

- Mengadaptasi konsep Sekolah Wawasan

  1. Melalui kebudayaan dan bahasa

- Dasar Kebudayaan Kebangsaan

- Dapat membentuk sebuah masyarakat bersatu padu yang mempunyai satu identiti nasional

-

  1. Ekonomi

- Pengagihan kekayaan negara yang adil dan saksama

- Peluang yang sama rata

-

  1. Politik

- Parti politik memperjuangkan nasib rakyat yang berbilang kaum

- Pengagihan kuasa pemerintah yang seimbang kepada semua kaum

-

  1. Aktiviti sosial komuniti/masyarakat setempat



(KESIHATAN – PERUBATAN TRADISIONAL/HERBA)


SOALAN:


Perubatan tradisional telah digunakan sejah sebelum wujudnya perubatan moden dan mempunyai kepentingan yang tersendiri. Justeru, pelbagai usaha telah diambil untuk memantapkan perubatan tradisional di negara kita. Bincangkan.


SKEMA JAWAPAN:

KEPENTINGAN:


  1. Tiada bahan sampingan
  2. Sumber bahan mentah mudah diperoleh – sumber semula jadi
  3. Mesra alam – pencemaran

LANGKAH:

  1. R&D – Pelbagai bentuk ubat/produk ubat
  2. Kepakaran luar
  3. Alat moden - pemasaran – laman web/internet

- perisian:

- Penggunaan komputer



(SAINS DAN JENAYAH)


SOALAN:

Kadar jenayah dalam kalangan remaja yang berlaku di negara kita semangkin membimbangkan. Kaedah sains dan teknologi boleh digunakan untuk membendung masalah ini daripada berleluasa. Bincangkan peranan sains dan teknologi dalam menangani jenayah tersebut.


SKEMA JAWAPAN:

  1. Sains forensik/kajian bahan bukti
  2. Peralatan pencegahan jenayah
  3. Sistem telekomunikasi
  4. Penggunaan satelit
  5. Peralatan siasatan dan pengesanan jenayah