Followers

Sunday, May 24, 2009

Bengkel Pengajian Am 2 Hasil Kerja Pelajar


LARAS SAINS

SOALAN:

Bahan fosil seperti petroleum, arang batu, dan gas asli akan kehabisan memandangkan penggunaanya sudah sampai ke tahap maksimum. Ketiadaan sumber tenaga akan merumitkan negara serta kehidupan orang ramai. Oleh itu, para penyelidik telah menemui sumber alternatif bagi mengatasi krisis tenaga tadi. Bincangkan kelebihan yang dapat diperolehi melalui sumber alternatif.


Perkembangan sains dan teknologi mendorong kepada kewujudan pelbagai jenis sumber alternatif bagi membantu manusia.Sumber alternatif ini dapat membantu dalam masalah negara yang berhadapan dengan kehabisan bahan fosil seperti petroleum, arang batu,dan gas asli. Sungguhpun bahan fosil ini akan merumitkan Negara serta kehidupan orang ramai sekiranya ia mengalami kehabisan ,sumber alternatif akan dapat membantu. Antara sumber alternatif yang telah berjaya dihasilkan ialah tenaga suria, tenaga biomas, tenaga nuklear, tenaga hidro elektrik, tenaga ombak, dan tenaga angin.


Sumber alternatif yang berjaya dihasilkan oleh pakar penyelidik mempunyai banyak kelebihan kepada kehiupan manusia. Antara kelebihan sumber alternatif kepada negara dan kehidupan manusia ialah mengatasi krisis tenaga.Malaysia yang juga tidak lari dalam masalah pada masa akan datang iaitu kehabisan bahan fosil. Sememangnya bahan fosil ini membantu masyarakat dalam menjalankan kegiatan seharian. Bahan fosil membantu kepada kenderaan, arang batu banyak digunakan dalam perindustrian dan sebagainya. Dengan kewujudan sumber alternatif ini dapat mengurangkan penggunaan bahan fosil yang semakin kepupusan. Oleh itu, bahan fosil ini akan dapat diwarisi kepada generasi akan datang.


Selain itu, kewujudan sumber alternatif memberi kebaikan dari segi mutu kebersihan alam sekitar. Hal ini kerana sumber alternatif ini tidak mencemarkan alam sekitar berbanding dengan bahan fosil yang menjejaskan alam sekitar. Penggunaan bahan fosil yang tidak terkawal dan sampai ke tahap maksimum akan memudaratkan alam sekitar.Misalnya, tenaga hidroelektrik banyak digunakan dalam penjanaan tenaga elektrik.Empangan hidroelektrik banyak membantu masyarakat untuk mendapatkan tenaga elektrik yang mencukupi dan ia tidak melibatkan pencemaran alam sekitar sebalilnya kegiatan pembersihan perlu dilakukan untuk penjanaan elektrik yang sempurna.


Sumber tenaga alternatif yang dapat dikitar semula juga dapat mengurangkan bebanan ekonomi negara di mana terpaksa menggunakan modal yang besar untuk mewujudkan sumber alternatif yang baru. Penjimatan penggunaan bahan yang tidak boleh dikitar semula adalah langkah yang positif ke arah mengekalkan adanya bahan-bahan penting itu. Contohnya bahan sisa buang biojisim yang boleh diproses untuk menghasilkan gas metana ataupun tenaga elektrik.


Di samping itu, sumber alternatif juga boleh digunakan dalam perubatan. Apabila pembangunan Negara dalam sains dan teknologi dikecapi, ramai pakar-pakar dalam bidang penyelidikan dapat dilahirkan. Hasil daripada penyelidikan di dapati bahawa tenaga nuklear mampu digunakan untuk tujuan perubatan. Tenaga nuklear yang digunakan dalam perubatan misalnya untuk mengenal pasti penyakit yang berkaitan dengan bakteria-bakteria halus dalam badan dan mengesan penyakit barah. Dengan kejayaan ini,masyarakat akan dapat mengesan penyakit yang berbahaya pada tahap awal. Hal ini juga akan mengurangkan pergantungan masyarakat untuk mendapatkan rawatan di luar negara.


Kesimpulannya,sumber alternatif ini mempunyai banyak kebaikan daripada keburukannya. Oleh itu, sumber alternatif ini perlu dijaga dan dipelopori oleh semua pihak untuk memastikan sumber bahan fosil dapat dikekalkan daripada mengalami kepupusan. Dengan itu, negara kita akan dipandang tinggi oleh masyarakat dunia sekiranya Malaysia mempunyai pelbagai sumber tenaga alternatif yang diwujudkan.


Hasil Kerja : NORFARHANIM IBRAHIM 6AW 2009




LARAS SASTERA

Soalan: Pealuran asing amat penting kepada sesebuah negara yang sedang membangun seperti Malaysia. Terdapat Pelbagai cara yang dilakukan untuk menarikpelabur asing. Bincangkan


Pelaburan merupakan elemen penting dalam menentukan pertumbuhan ekonomi yang berterusan. Kemasukan pelaburan asing amat penting kepada sesebuah negara yang sedang membangun terutama Malaysia. Terdapat pelbagai cara yang dilakukan oleh kerajaan untuk menarik pelabur asing.


Kepentingan pelaburan asing ialah menyediakan peluang pekerjaan kepada penduduk terutama dalam sektor perindustrian sama ada tenaga buruh mahir atau separuh mahir. Kewujudan peluang pekerjaan akan mengurangkan kadar pengangguran di negara ini. Selain itu, kemasukan pelabur asing dari negara maju seperti Amerika Syarikat dapat meningkatkn pendapatan Negara melalui pengaliran masuk mata wang asing dari negara asing.Kemasukan pelaburan asing akan meningkatkan KDNK Negara dan menjamin pertumbuhan ekonomi yang pesat.


Selain itu, kemasukan pelaburan asing dalam sesebuah negara dapat meningkatkan teknologi dan berlaku pemindahan teknologi. Pemindahan teknologi dan perkongsian kepakaran untuk menghasilkan produk yang berkualiti dan mampu bersaing di peringkat global. Kemasukan syarikat multinasional akan menyebabkan kemajuan dalam sektor perindustrian. Contohnya, R&D dalam reka bentuk model kereta, sistem enjin aksesori dlam pengeluaran kereta Proton melalui kerjasama syarikat Jepun menyebabkan industri automobil negara mampu bersaing dengan pasaran antarabangsa.


Pelbagai langkah dijalankan oleh kerajaan untuk menggalakkan pelaburan asing. Antara langkah yang dilakukan ialah menyediakan kemudahan prasarana dan infrastruktur yang lengkap. Kemudahan asas yang lengkap seperti jaringan pengangkutan yang cekap, sistem telekomunikasi dan bekalan air dan elektrik. Prasarana yang lengkap dapat menarik pelabur asing untuk melabur terutama dalam sektor perkilangan.Contohnya, penyediaan tapak kilang yang strategik dan mempunyai darjah ketersampaian yang tinggi dapat menarik minat pemodal asing untuk membuka kilang di negara ini.


Penyediaan galakan pelaburan atau insentif merupakan daya tarikan untuk menarik minat pelabur asing untuk membuat pelaburan.Kerajaan telah memberi galakan pelaburan kepada pemodal asing seperti taraf printis iaitu pengecualian cukai dalam tempoh 10 tahun kepada pelabur asing, di samping itu, kerajaan melonggarkan peraturan pelaburan dengan membenarkan rakyat asing memiliki ekuiti yang tinggi sehingga seratus peratus dalam sesuatu projek.


Kesimpulannya, pelaburan asing dijangka meningkat sekiranya Malaysia berusaha menyediakan suasana yang kondusif dan menjamin keselamatan pelaburan asing di negara ini.


HASIL KERJA : NURAIDA BT JUSOH 6AW 2009




1. LARAS SAINS - SUMBER TENAGA BIOGAS


Penemuan dan penghasilan sumber tenaga baru seperti biogas mendatangkan manfaat yang banyak kepada kehidupan manusia. Walau bagaimana pun, sumber tenaga tersebut turut menimbulkan risiko kepada sesebuah Negara. Huraikan


Skema:

a) Kepentingan

i. Sumber alternative menggantikan petroleum

ii. Pencemaran alam sekitar dapat diatasi

iii. Meningkatkan R & D dalam penggunaan biogas

b) Kesan

i. Menjejaskan ekologi alam sekitar (hakisan akibat penerokaan hutan untuk

ganti hutan dan sumber yang boleh menghasilkan biogas)

ii. Pemusnahan hutan secara berleluasa

menjejaskan sumber perubatan /flora dan fauna

- keselamatan suhu terjejas

- terjejas bekalan air




2. LARAS SAINS- PENYAKIT WARGA TUA


Statistik menunjukkan kadar peningkatan penyakit seperti penyakit jantung,darah tinggi dan kencing manis dalam kalangan warga tua amat ketara. Sehubungan itu,pelbagai usaha untuk menangani masalah ini perlu dilaksanakan. Bincangkan.


Skema:

A)PUNCA-PUNCA

1. Daya tahan penyakit

2.Tidak aktif

3. Psikologi

B)LANGKAH-LANGKAH

4. Prasarana perubatan warga tua

5 .R&D

6. Pemeriksaan berkala



3.LARAS SATERA- HAKISAN BUDAYA

Dalam usaha Negara membawa Malaysia kea rah Negara maju sebagaimana dicita-citakan dalam Wawasan 2020, didapati unsur budaya tradisional dalam kalangan generasi muda kian luntur. Jelaskan.


Skema:

A)PUNCA-PUNCA

1. Sikap generasi muda

2. Pengaruh globalisasi

3. Kurang didikan agama

4. Pengaruh rakan sebaya

5. Kelemahan system pendidikan

6. Institusi keluarga –pincang



4. LARAS SASTERA – SUBSIDI


Pemberian subsidi kerajaan adalah antara usaha untuk membantu rakyat menghadapi kemelut peningkatan harga barang dan perkhidmatan ekoran kenaikan harga petrol di pasaran antarabangsa. Selain itu masih banyak pendekatan lain yang boleh dilakukan untuk tujuan di atas. Huraikan


Skema:

A) Isi Wajib –

1.Subsidi

B)Pendekatan Lain

2. Kawalan harga

3. Kempen usaha Sediri

4. Perbelanjaan berhemah




KUMPULAN 11


Isu: Keganasan Global


Keganasan Global Sejak belakangan ini kes-kes keganasan global bukan lagi merupakan perkara yang luar biasa. Fenomena ini telah menjejaskan keselamatan sejagat jika tidak dibendung. Huraikan langkah-langkah yang boleh diambil untuk mengatasi masalah tersebut.

Bentuk soalan:

Soalan satu tugasan


Skema

1. Peranan PBB

2. Mewujudkan undang-undang pencegahan keganasan

3. Mengeratkan kerjasama antara negara yang berlainan agama dan budaya

4. Mewujudkan kerjasama politik dan ketenteraan antara negara.



Isu: Seni Batik

Industri batik di Malaysia mempunyai potensi untuk maju dan berkembang kerana keunikan dan keistimewaannya. Namun terdapat pelbagai halangan yang boleh menjejaskan perkembangannya. Bincangkan

Bentuk soalan:

Dua tugasan seimbang


Skema

Kekuatan

  1. Warisan tradisional yang unik
  2. Melambangkan identiti tersendiri
  3. sumber pendapatan/ ekonomi masyarakat
  4. Tarikan pelancong


Halangan

  1. Saingan daripada keluaran industri moden
  2. Masalah kekurangan modal
  3. Generasi muda kurang berminat untuk mewarisi kepakaran perusahaan batik
  4. Diusahakan secara kecil-kecilan



Isu :Bahan Kimia/ perubatan

Penggunaan bahan kimia telah banyak membantu dalam bidang perubatan. Walau bagaimanapun penggunaan bahan kimia secara berlebihan akan mendatangkan kesan kepada kehidupan manusia dan alam sekitar. Jelaskan

Bentuk soalan:

Dua tugasan seimbang


Skema

Kepentingan

  1. Membantu merawat penyakit
  2. Meningkatkan kajian perubatan

Kesan buruk

  1. Kesihatan manusia terjejas akibat kesan sampingan
  2. Pencemaran alam sekitar
  3. Kualiti air terjejas



Isu: Ubatan Tiruan

Terdapat pelbagai jenis dan jenama ubatan tiruan di pasaran untuk mengubati pelbagai jenis penyakit. Ubat-ubatan ini dapat dibeli dengan mudah oleh sesiapa sahaja di kedai-kedai ubat yang terdapat di seluruh negara. Jelaskan kesan penggunaan ubat-ubatan tiruan ini kepada kesihatan manusia.

Tugasan soalan:

Satu tugasan


Skema

  1. memudaratkan fizikal manusia
  2. Merosakkan organ dalaman
  3. menjejaskan imunisasi / daya ketahan
  4. kesan kepada genetik / baka



KUMPULAN 14


ESEI LARAS SASTERA

TAJUK/ ISU: PERUMAHAN


Soalan:

Kegagalan pemaju menyiapkan projek perumahan telah menimbulkan keresahan kepada pembeli. Hal ini juga menyebabkan wujudnya masalah kepada pemaju dan negara.

Ulaskan pernyataan di atas.


Skema Jawapan:

A) Kesan kepada pembeli

1. Beban kepada pembeli

B) Kesan kepada pemaju

2. Beban kos pemaju

3. Kos saman pengguna

4. Menjatuhkan imej

C) Kesan kepada negara

5. Mencacatkan pemandangan

6. Pihak yang berkaitan terima aduan


Cacatan: 1A+ 1B+1C dan mana-mana salah satu daripada B atau C


ESEI LARAS SAINS DAN TEKNOLOGI


TAJUK/ ISU : BIOTEKNOLOGI


SOALAN:

Perkembangan bioteknologi dalam bidang pertanian telah membawa perubahan kepada negara. Walau bagaimanapun tidak dapat dinafikan teknologi ini juga boleh menjejaskan masa depan sektor pertanian.

Bincangkan.


Skema jawapan:

A) Manfaat

1. Menghasilkan baka yang berkualiti

- tumbesaran cepat

- buah lebih besar, tanpa biji dan cepat matang

2. Mempelbagaikan spesis tanaman

- menghasilkan spesis baru

- sesuai dengan iklim

B) Masalah

3. Kesan sampingan kepada manusia

- alahan

- penyakit

4. Penyakit tanaman

- kelemahan genotip dan mudah diserang penyakit


Catatan: 2A+2B



TAJUK/ISU : Sains dan keselamatan jalan raya


Soalan:

Belakangan ini kes kemalangan jalan raya yang semakin membimbangkan terbukti berkaitan dengan pengaruh teknologi. Walau bagaimanapun sains dan teknologi dapat membantu para pengguna jalan raya.

Huraikan.


Skema Jawapan:

A) Punca

1. Uji kelajuan

2. Pengaruh teknologi melalaikan

3. Teknologi dalam media pengiklanan

B) Kepentingan

4. Kawal keselamatan

5. Mengesan pesalah jenayah

6. Binaan jalan raya


Catatan : 2A+2B












No comments:

Post a Comment