Followers

Sunday, July 12, 2009

LAWATAN ATLIT SMKCR KE KL - 9 HINGGA 12 JULAI

GAMBAR-GAMBAR SEKITAR LAWATAN ATLIT SMKCR 2009
KE KUALA LUMPUR

Seramai 31 orang atlit SMKCR telah memenangi pingat Emas, Perak dan Gangsa semasa Kejohanan Olahraga Tahunan MSSD Pasir Puteh 2009 yang di adakan di SMK Gaal. Sebagai habuan di atas kejayaan tersebut Pengetua SMKCR, Tuan Hj Zainuddin Harun dan PK Kokurukulum ,En Mat Bin Dolah telah bersetuju membawa pelajar-pelajar berkenaan melawat sambil belajar ke Kuala Lumpur. Antara tempat yang telah kami lawati ialah KLCC, Menara Kuala Lumpur, Universiti Malaya, Muzium Negara, Stadium Bukit Jalil, Masjid Wilayah Persekutuan dan Putra Jaya.


Woooow.......Seronok nampaknya bebudak SMKCR mandi kolam.Maklumlah sebelum ni asyik dok mandi Sungai Semerak jer!!!!!. Sekali sekala turun KL mesti mau happy punya.


Aoooow.....macam anak itik dapat air pulak. Seronok berendam dalam kolam. Sebenarnya kolam ni dalamnya hanya sekaki setengah jer....khas untuk bebudak tadika . Berlagak je tu...


Sebahagian dari guru pengiring .Yang paling kiri tu Cikgu Roslan Yaziz S/U Sukan SMKCR. Manakala yang tengah dan handsome Cikgu Che Alias Penolong Kanan Petang dan yang pakai baju merah pula tu Cikgu Ramailan.



Yaaaaa....gambar ni diambil di depan KLCC semasa sedang menunggu bas untuk ke Kompleks Sukan Bukit Jalil. Yang nampak berumur tu guru pengiring perempuan, Cikgu Sarifah dan Cikgu Che Safinah.




Aaa... ni ambo bersama dengan suami Cikgu Sarifah, Mejar (B) Mohamad (Abe Mat). Ambo nampok sedih buke apo, tak sga sikit.
Gambar ini di ambil di rumah penginapan kami di no 12 Jalan Persiaran Titiwangsa.
Ambo keletihan.......deme 2 hari tak make nasi. Sedih.....ingat ko bini..





Bergaya sakan nampak!...Agak-agak layak ke bebudak ni masuk Universiti Malaya. Insyaallah Layak. RAJIN DAN USAHA TANGGA KEJAYAAN





3 comments:

  1. Gamba ambo tak dop pon.ngaju eh malah doh g tahun depan.hehe

    ReplyDelete
  2. baek sek semerok...

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum Tuan/Puan.

    Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
    Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi kami di:

    KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
    Tour operator & Travel Agency

    Kami memberikan pengkhidmatan tour ground handling di beberapa daerah yang favorit untuk di lawati di Indonesia. Kami arrange secara profesional dan dengan penuh rasa kekeluargaan, juga dengan harga tour yang sangat berpatutan seperti ke : Padang dan Bukittinggi Tour, Aceh Tour, Medan Tour, Jakarta dan Bandung Tour, Jogjakarta Tour dan Bali Muslim Tour.

    Contact person : Amsyahril
    Mobile : +6285263007445
    E-Mail : am_holidays@yahoo.com / kita_holidays@yahoo.com / kitaholidays@yahoo.com.

    ReplyDelete