Followers

Sunday, October 21, 2012

Bahagian C STPM Baharu


1. Polis dan penguatkuasa sering melakukan serbuan terhadap pusat-pusat hiburan. Ramai yang telah ditahan atas kesalahan menyebar dan mengambil dadah seperti heroin, ganja dan pil ekstasi.Pusat serenti pula dipenuhi dengan penagih dadah yang perlu dipulihkan.
Huraikan kesan-kesan penyalahgunaan dadah dan kekangan yang dihadapi untuk membendung gejala ini.


PENGENALAN

·         Dadah musuh utama negara
·         Penyalahgunaan dadah mendatangkan kesan buruk
·         Pelbagai  kekangan dihadapi untuk menghalang gejala ini
Bil.
Idea
Huraian

1.
Kesan
Menjejaskan kesihatan seseorang

Penagih hilang selera makan
Kekuatan fizikal terjejas
Sistem saraf lumpuh- membawa maut
Hilang pertimbangan / kewarasan
Cenderung bertindak ganas dan hilang disiplin diri

2.
Menjejaskan ekonomi negara

Produktiviti kerja penagih merosot
Kehilangan pekerja yang produktif
Kerugian / pembangunan terjejas
Tanggung kos pembinaan pusat pemulihan  / kos rawatan/ pengurusan pusat

3.
Menimbulkan masalah sosial

Keluarga penagih menjadi tidak aman
Anak-anak terbiar tidak terjaga
Banyak kecurian, rompakan, pelacuran, kes bunuh
Penyakit AIDS merebak melalui perkongsian jarum suntikan /pelacuran

4.
Menjejaskan imej negara
Dianggap sebagai pusat transit dadah
Tidak selamat untuk dilawati
Penguatkuasaan undang-undang yang lemah
Mencacatkan pemandangan – Golongan penagih yang bergelandangan


5.
Kekangan
Kelemahan individu sendiri

Tidak mengambil peduli tentang mudarat dadah
Jalan pintas mengatasi tekanan / masalah
Tiada usaha / inisiatif memperbaiki diri
Kurang pengetahuan / mudah tertipu
Tiada / kurang pegangan agama
Pergaulan bebas / pengaruh rakan


6.
Sikap tidak ambil peduli masyarakat
Individualistik dan materialistik
Tidak melaporkan kegiatan penagihan dadah
Kurangnya nilai kemasyarakatan / semangat kejiranan

7.
Kelemahan penguatkuasaan undang-undang

Malaysia tempat transit dadah sebelum ke tempat lain
Pihak berkuasa kurang logistik dan tenaga dalam melakukan serbuan berterusan
Amalan rasuah dalam kalangan pegawai penguatkuasa

8.
Kedudukan geografi
Kedudukan Malaysia berhampiran dengan kawasan pengeluaran dadah ‘Segi Tiga Emas’
Kawasan perairan Malaysia yang panjang dan sukar dikawal
Banyak laluan tikus di kawasan sempadan – Malaysia-Thailand


KESIMPULAN

·         Dadah mendekatkan penagih dengan maut
·         Harus berusaha membebaskan diri, keluarga dan negara daripada dadah
SKEMA JAWAPAN = 2+3 /3+2





No comments:

Post a Comment