Followers

Sunday, August 08, 2010

Bulan Penghayatan Rukun Negara dan Bulan Kemerdekaan

BULAN PENGHAYATAN RUKUN NEGARA DAN SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN KE 53 SMK CHERANG RUKU

Tarikh : 2 Ogos - 30 Ogos 2010

RASIONAL:

Bulan Ogos 2010 adalah merupakan bulan menyambut kemerdekaan yang ke 53. Sebagaimana disarankan setiap tahun oleh pihak sekolah, Panitia Sivik dan Kewarganegaraan SMK Cherang Ruku mengambil inisiatif untuk memeriahkan majlis sambutan kemerdekaan peringkat sekolah ini dengan menganjurkan beberapa program dan pertandingan kepada semua warga SMK Cherang Ruku. Program ini disatukan bersama dengan Program Penghayatan Rukun Negara untuk memberi pengetahuan, kesedaran dan semangat kecintaan yang mendalam seluruh warga SMKCR terhadap negara ini dan mendukung semangat 1 Malaysia yang dilancarkan oleh Perdana Menteri Malaysia.

OBJEKTIF :
Semua warga SMKCR dapat
-Memahami isi kandungan Rukun Negara
-Menyemai semangat bersatupadu dalam kalangan berbagai bangsa
untuk membentuk 1 Malaysia
-Mempunyai semangat patriotik dan sayang kepada negara
-Bertekad menaikkan nama sekolah agar menjadi Sekolah Cemerlang
Menjelang 2010.

Ucapan perasmian oleh Tuan Pengetua Haji Zainuddin Harun








No comments:

Post a Comment