Followers

Sunday, October 14, 2012

Karangan PA2 by Salmiah Bt Sidek

Industri batik  telah berkembang pesat dan rakyat Malaysia kini mula menghargai  keunikan batik.Bincangkan usaha-usaha yang dijalankan untuk memajukan  lagi industri batik di negara ini.

Pengenalan :
 Seni batik- salah satu akar budaya yang menjadi identiti bangsa Malaysia. Pelbagai usaha perlu untuk mempromosikan di samping mengekalkan keindahan warisan ini.

Bil
Isi Utama
Huraian
1
Mewajibkan pemakaian batik
-      oleh penjawat awam-era Dr.Mahathir Mohd - digalak pakai setiap hari Sabtu, era Datuk Seri Abdullah Badawi - 1 dan 15 haribulan setiap bulan mulai Julai 2005, kemudian diganti kepada setiap hari khamis
-      dalam surat pekeliling digariskan batik mesti keluaran tempatan
-      jualan meningkat-lebih RM700 juta setahun
-      mencetuskan  idea baru untuk mendapat pasaran- reka cipta baru, kain baru….

2
Peranan  badan/agensi
-      peranan Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia dan Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia – promosi batik kepada rakyat setempat dan asing
-      Institut kraftangan – anjurkan seminar-menggalakkan masyarakat melibatkan diri, mengetahui asal-usul  batik, menghayati pelbagai jenis corak.
-      Promosi oleh Kementerian Pelancongan – ke luar negara
3
Latihan
-      Bimbingan, bengkel, kajian penggunaan kain, ketahanan warna, penggunaan computer,
-      Ditubuhkan Pusat Inovasi Batik di Kelantan
-      mengadakan kajian dengan kerjasama negara Indonesia, usahawan kraf tempatan

4
Sistem Pemasaran
-      Dilakukan oleh Kraftangan Malaysia, Karyaneka Malaysia – memajukan industri batik untuk pelancong asing dan pengguna domestic
-      promosi bertema di kompleks beli-belah, destinasi pelancongan seperti di Batu Feringghi, P.Pinang ; Central Market, KL, pameran di hotel-hotel, kain batik laris di UK
-      promosi melalui Malaysia Hall ; di butik-butik terkemuka di negara asing dan tempatan
-      pameran/ekspo di luar negara

5
Pengusaha batik
-      harus berpandangan jauh-mengupah model-model untuk memperagakan batik
-      ada usaha fesyen batik di pertunjukan fesyen di Milan, Paris sejak 2007
-      membuat pelaburan untuk merancakkan pengeluaran batik negara
-      ada konvesnyen batik “The Business of Batik” pada 2008 di tahap global
-      mempelbagaikan produk berasaskan balitk- beg, kasut, peralatan rumah berasaskan batik

6
Bantuan modal
-      disediakan bantuan modal berupa pinjaman wang, premis perniagaan untuk pengusaha batik
-      kadar faedah yang berpatutan, merancakkan I Daerah 1 Industri- khas untuk batik di setiap negeri
-      pihak MARA, kementerian, jabatan , swasta menghulurkan bantuan

7
Akademi batik
-      menubuhkan akademi/kolej-pengkhususan bidang batik –biasiswa disediakan
-      didedahkan sejarah batik, rekaan batik, pemasaran, penjenamaan, perkembangan kontemporari  dunia tekstil
-      tunjuk ajar aspek teknikal , teori dan teknik perniagaan
-      penubuhan pusat batik di Sekolah Seni, Kuching pada 2009

8
Program khas
-      Minggu Batik Malaysia –bertemakan “Berkongsi dengan Dunia” pada 2005
-      mempromosikan keistimewaan dan kegemilangan batik Malaysia di peringkat global
-      Minggu Batik di peringkat sekolah
-      batik dijadikan pakaian rasmi- Bulan Kemerdekaan 2010-Datuk Seri Najib membuat pilihan pakaian batik


Kesimpulan
Pelbagai usaha perlu diberi kerjasama oleh rakyat dan kerajaan bagi menyerlahkan khazanah negara yang tidak ternilai



Kejayaan Malaysia dalam sukan badminton, squash dan bowling di peringkat antarabangsa amat  membanggakan. Kejayaan ini berpunca daripada pendedahan awal yang telah diberikan  semenjak  di  sekolah rendah  lagi.
Bincangkan usaha-usaha yang wajar diambil bagi meningkatkan mutu sukan dalam kalangan pelajar  sekolah serta cabaran dalam pelaksanaannya.

Pengenalan:
-          Mutu sukan Negara masih pada tahap yang lembap
-          Pelbagai langkah perlu diambil untuk meningkatkan mutu sukan terutamanya di peringkat sekolah, namun begitu usaha tersebut menghadapi pelbagai cabaran

Bil
Idea Utama
Huraian
1
A. Langkah-langkah:

Menyediakan Peruntukan kewangan
-   Kem. Pelajaran/sekolah mendapat peruntukan kewangan yang cukup, program latihan dapat dijalankan
-   Alatan latihan yang canggih dapat disediakan
-   Jurulatih yang bertauliah dan professional dapat diupah
-   Altet dan pemain juga dapat dihantar ke luar negara untuk menjalani latihan
-   Lebih banyak pertandingan dapat dianjurkan
2
Pemberian ganjaran
-    Ganjaran dalam bentuk kewangan/ peghargaan/ sijil/ biasiswa  kepada pelajar yang berkelayakan
-    Pemberian anugerah kepada pelajar cemerlangan kokurikulum
3
Kenalpasti bakat pelajar dari awal
-   Pertandingan diperingkat sekolah rendah dan menengah diutamakan
-   Bakat muda yang berpotensi dapat dicungkil, diasah, dibimbingan dan latihan khusus diberikan, misalnya menghantar mereka ke sekolah sukan
-   Dapat melahirkan para pelapis ahli sukan egara
4
Merit kepada pelajar
-   Pelajar yang terlibat aktif dalam sukan diberi merit untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi
-   Peluang melanjutkan pelajaran samada dalam bidang sukan atau pun bidang lain lebih terbuka
-   Peluang pekerjaan lebih cerah
5.
Perkasakan  sekolah berasaskan sukan
-   Perbanyakkan sekolah sukan yang sedia ada
-   Pelajar yang berpotensi dapat dilatih dengan lebih awal
-   Akademik juga perlu diutamakan utk menarik minat pelajar mennyertainya
6.
Perkasakan jurulatih
-   Tenaga pengajar perlu dilatih dengan supaya mereka dapat melatih pelajar dengan baik
-   Latihan dan bimbingan perlu diberikan dari masa kesemasa tentang ilmu kejurulatihan kpd guru-guru

7
B. CABARAN
Ketiadaan jurulatih berkelayakan
-   Kemahiran kejurulatihan agak terhad dalam kalangan guru
-   Sesetengah guru kurang berminat untuk  meningkatkan pengetahuan kepegawaian dan kejurulatihan
-   Peluang terhad kepada guru untuk meningkatkan pengetahuan
-   Tiada insentif kepada guru untuk kerja lebih masa
-   Beban tugas guru sangat banyak
-   Kekurangan guru lelaki sebagai jurulatih

8
Prasarana/alatan tidak mencukupi
-   Peralatan dikongsi oleh sejumlah pelajar yang ramai
-   Penggunaan peralatan secara individu agak terhad
-   Kawasan untuk menjalani latihan tidak mencukupi/ bersesuaian
9
Sikap pelajar
-   Pelajar bersikap sambil lewa semasa menjalani latihan
-   Tidak berfokus kepada satu sukan sahaja
-   Tidak dapat mendisiplinkan diri menjalani latihan
-   Tumpuan lebih kepada akademik semata-mata
-   Menganggap akademik lebih menjamin masa depan
10
Kurang galakan daripada ibu bapa/ masyarakat
-   Ibu bapa menganggap sukan tidak menjamin masa hadapan
-   Tidak memberi sokongan moral dan bantuan kewangan
-   Kesibukan ibu bapa bekerja menghalang mereka untuk terlibat dengan aktiviti sukan anak-anak.

Penutup
Kerjasama pelbagai pihak diperlukan demi meningkatkan mutu sukan negara
Skema jawapan : 2 + 2


Penerokaan angkasa lepas telah membuka banyak ruang kepada manusia memperkembang bidang sains dan teknologi. Bincangkan kepentingan penerokaan  angkasa lepas.

Bil
Isi
Huraian Isi
1
Bidang telekomunikasi
Ø  Dunia menjadi semakin kecil dengan adanya  teknologi komunikasi
Ø  Satelit membolehkan penggunaan telefon, faksimili, televisyen dan telesidang video
Ø  Satelit juga membolehkan internet berfungsi
Ø  Boleh berhubung dengan masyaratkat luar menggunakan telefon bimbit
Ø  Makumat/ berita dapat disebarkan dengan cepat/ secara langsung
Ø  Tahap keselamatan negara dapat ditingkatkan
2
Bidang pendidikan maya
Ø  Satelit membolehkan cara/ kaedah pendidikan terkini disebarkan
Ø  Satelit siaran langsung membolehkan pelajar menerima siaran televisyen secara langsung, membolehkan pelajar mengikuti Rancangan berbentuk pendidikan
Ø  Pelajar yang tinggal di kawasan terpencil dapat dihubungi
Ø  Membolehkan pelajar menggunakan peralatan multimedia di terutamanya di Sekolah Bestari secara efektif
Ø  Membolehkan operasi Pendidikan Jarak Jauh
Ø  Membuka peluang pembelajaran yang lebih luas
3
Maklumat dalam meteorologi
Ø  Cuaca dapat diramalkan dengan lebih tepat
Ø  Fenomena alam, pemantauan bencana alam seperti banjir, rebut, taufan dapat dikesan lebih awal melalui awan yang diambil
Ø  Memudahkan orang ramai membuat persediaan menghadapi kemungkinan bencana alam tersebut
Ø  Satelit aeronautik membolehkan kapal terbang yang melintasi Lautan Atlantik dan Pasifik dikesan
Ø  Satelit merupakan ‘remote-sensing’ ; dapat memberi amaran bencana alam
Ø   Sistem Laut dapat mengesan kapal laut yang menghadapi masalah dan memberi bantuan segera
4
Kajian topografi
Ø  Satelit yang mempunyai kamera inframerah dapat mengambil gambar bumi dengan tepat
Ø  Gambar ini membolehkan peta dunia dihasilkan dengan tepat
Ø  Makumat dari satelit juga dapat digunakan dalam kajian geologi, ekologi dan pemeliharaan hutan

5
Mengesan pencemaran alam
Ø  Penggunaan satelit dan kapal angkasa menjadikan gambar-gambar lebih mudah untuk diambil dan dirakam dari sudut
Ø  membantu manusia merancang untuk menjalankan projek pembangunan dengan lebih mesra alam.
Ø  Penerokaan aeroangkasa membolehkan kadar pencemaran alam dipantau dengan lebih tepat
Ø  Mengesan penipisan lapisan ozon, tumpahan minyak di Teluk Mexico, kebakaran hutan di Australia
6
Pemangkin teknologi robotik
Ø  Kebanyakan peralatan teknologi yang dihantar ke angkasa lepas atau kawasan ruang udara bumi dikawal oleh robot atau peranti kawalan.
Ø  Keadaan ruang angkasa yang begitu bahaya dan sukar diramal menyebabkan robot lebih sesuai digunakan berbanding dengan manusia
Ø  penggunaan robotik meningkat dengan  begitu banyak.
7
R&D dalam bidang sains
Ø  kajian tentang kesan graviti terhadap manusia di luar ruang angkasa bumi terutama aspek ketumpatan tulang dan kadar kehilangan jisim tulang manusia.
Ø  Penyelidikan dalam bidang perubatan
Ø  Penyelidikan dalam bidang pertanian
Ø  Penyelidikan dalam bidang sains secara keseluruhan
8
Sistem pengangkutan
Ø  Pengunaan sistem radar secara meluas dalam industri pengangkutan spt kapal terbang, kapal laut
Ø  Penggunaan ’GPS’ secara meluas

Pemarkahan: Pilih mana-mana 4 idea



Pengambilan suplemen   kian mendapat tempat dalam kehidupan  masyarakat moden. Walau bagaimanapun, pengambilannya yang tidak terkawal boleh memudaratkan.
Bincangkan.

Pengenalan:
Gaya hidup yang sibuk menyukarkan masyarakat mengikuti diet seimbang setiap hari-dibantu oleh pengambilan vitamin dan bahan minuman bertonik. Ada  kesan baik dan buruknya

Isi
Bil
Isi Utama
Huraian



1
A. Kebaikan

Membantu tumbesaran yang sihat
-    ibu hamil-asid folik penting untuk janin/bayi dalam kandungan
-    kanak-kanak-perlukan kalsium , zat besi dan protein untuk merangsang tumbesaran seimbang
-    pembentukan tulang kuat-kasium-osteoporosis dapat dielakkan pada hari tua

2
Memelihara kesihatan
-   individu yang kurang bermaya selepas pembedahan, jatuh sakit- pengambilan tablet vitamin C, asid nikotinik, minuman tonik yang disediakan melalui perubatan tradisional-minuman ginseng; pati ikan

3
Mengekalkan kecergasan
-    tidak mudah letih/lesu
-    melakukan kerja harian dengan penuh bertenaga-kandungan oksigen yang secukupnya dalam darah 
-    pil-pil pelengkap untuk amalan pemakanan yg tidak seimbang spt multivitamin, Vitamin A, B, C, D, E, K
-    pil gantian zat makanan spt limau ganti vitamin C, pisang diganti dengan potasium

4
Meningkatkan daya imunisasi
-    Daya tahan penyakit bagi golongan kanak-kanak-multivitamin
-    vitamin C meningkatkan daya tahan, mengelakkan selesema
-    vitamin E –elak jangkitan penyakit kulit
-    vitamin A-mengekalkan lapisan mukosa
-    tidak mudah jatuh sakit, elak penyakit berjangkit

5
Melambatkan proses penuaan
-    pengambilan nutrien antioksidan membantu mengekalkan kesegaran kulit
-    membaharui sel-sel mati
-    mendapat zat serta vitamin yang mencukupi untuk tubuh badan
-    minuman tonik setiap pagi-membantu mengekalkan kesegaran kulit muka



6
B. Kemudaratan

Keracunan


-    terlalu banyak vitamin A-menjadi racun dalam badan
-    pengambilan vitamin E yang banyak-fungsi hati terjejas
-    gel vitamin menjejaskan dinding perut
-    cirit-birit, pening , kes teruk -maut

7
Penyakit
-    suplemen herba menurunkan kadar kolesterol-merosakkan organ hati dan ginjal
-    pil kalsium berlebihan-penyakit batu karang dalam pundi kencing

8
Alahan
-    gangguan kesihatan sementara-gatal-gatal pada kulit, ruam, sakit kepala, bengkak, sakit lutut-ketidakserasian pil-pil tetentu
-    pil-pil berasaskan hidupan akuatik-kesan teruk kepada pesakit hepatitis

9
Ketagihan
-      kesan biologi dan mental
-      sentiasa bergantung kepada makanan suplemen - abaikan amalan pemakanan yang seimbang dan teratur
-      sentiasa perlu walaupun badan mungkin tidak memerlukannya



Kejadian jenayah yang berleluasa di bandar-bandar utama mutakhir ini adalah disebabkan oleh pelbagai faktor. Oleh itu, konsep Bandar Selamat adalah wajar dilaksanakan untuk meningkatkan keselamatan awam. Bincangkan.

Skema jawapan :                                                                                       
Kejadian jenayah di bandar-bandar besar mempunyai perkaitan dengankepesatan pertumbuhan bandar dan member kesan negative kepada kualiti hidup penduduk bandar.Jenayah yang berlaku di bandar-bandar menimbulkan kebimbangan atau rasa takut masyarakat. Oleh itu, Konsep Bandar Selamat diperkenalkan oleh kerajaan bagi meningkatkan keselamatan awam dan bagi membentuk persekitaran bandar dan taman-taman perumahan yang selamat dan aman sejahtera serta mengurangkan kebimbangan/ rasa takut masyarakat terhadap kejadian jenayah (to reduce fear of crime).

Bil
A – idea faktor
Huraian
1
Kepincangan keluarga/ Kurang kasih sayang/hubungan kekeluargaan renggang
Masa yang berkualiti bersama anak-anak, kegagalan anak mengadu masalah/tidak mendapat kasih sayang dan perhatian daripada ibu bapa, anak-anak mencari kawan-kawan untuk membantu masalah mereka/bebas melakukan apa sahaja tanpa dilarang/dinasihati oleh ibu bapa
2
Kelemahan penguatkuasaan undang-undang
Pemantauan lemah/hukuman atau denda yang tidak setimpal/penyalahgunaan kuasa/kurang kawalan kemasukan buruh asing
3
Tekanan ekonomi – peningkatan kos sara hidup/kemiskinan dan pendapatan rendah/jurang perbezaan pendapatan
Pertumbuhan perbandaran yg pesat meningkatkan kos sara hidup – membebankan masyarakat bandar – wujud ketidak seimbangan antara pendapatan yang rendah dan kos sara hidup yang tinggi/kadar pengangguran meningkat/ harga barang meningkat
5
Pengangguran
Kesan kejatuhan nilai mata wang/keperluan hidup mendesak – melakukan jenayah harta benda – merompak, membunuh, peras ugut  dll
6
Peningkatan warga asing  spt pekerja asing/PATI dll) dan penagih dadah
Bilangan penagih dadah dan PATI yang semakin meningkat di bandar-bandar besar juga menyumbang kepada peningkatan jenayah. Keinginan mereka hidup mudah tanpa bekerja bagi menampung hidup menyebabkan mereka melakukan jenayah
7
Sikap masyarakat/ Tiada kesedaran/ cuai/lalai/tidak berhati-hati/mudah terpengaruh/lemah pendidikan agama/moral
Masyarakat bandar lebih individualistik dan materialistik/kurang memberi perhatian kepada apa yang berlaku di sekeliling mereka. Penduduk tidak memasang alat penggera/jeriji besi/mempercayai org baru dikenali/
8
Faktor persekitaran
Pencahayaan yang kurang/lorong yang sempit/sesak memudahkan berlakunya jenayah
9
Lunturnya nilai agama dan moral dalam kalangan masyarakat
Melibatkan diri dalam jenayah di bandar kerana tidak tahu sama ada perbuatan salah atau betul /menghalalkan cara untuk capai matlamat.
B
Kebaikan Bandar Selamat
Huraian
9
Reka bentuk persekitaran/ Infrastruktur bandar selamat
PoPondok Polis Komuniti dapat memudahkan masyarakat Bandar melaporkan jenayah yang berlaku dengan kadar segera/   Papan tanda peringatan yang dipasang dapat mengingatkan masyarakat agar sentiasa berhati-hati/ maklumat jenayah/   Cermin Keselamatan
·         Tempat Letak Motosikal Berkunci – mengawasi harta benda awam /    CCTV – penting untuk membolehkan pihak berkuasa menahan penjenayah dgn segera

10
Pembangunan komuniti/Penduduk yang berpendidikan      


MnKemajuan infrastruktur yang dibangunkan secara terancang di Bandar selamat membolehkan perkongsian dan penyaluran maklumat jenayah kepada pihak polis dilakukan dengan segera/        Aktiviti pendidikan dan kesedaran dilakukan secara berterusan/         Aktiviti pencegahan jenayah melalui kempen, risalah, ceramah, dialog dan sebagainya

11
Pemantauan berkesan dan berterusan
Polis, dengan bantuan sukarelawan, akan membuat rondaan di kawasan-kawasan hot spot untuk mencegah penjenayah dan meyakinkan masyarakat awam. Sebuah
program khas akan dilaksanakan menerusi Sukarelawan Polis (PVR), yang akan menyerap ahli-ahli RELA dan JPAM untuk menyertai rondaan lazim, dengan itu
meningkatkan kehadiran polis di mana-mana. Usaha ini juga akan diperluaskan untuk turut melibatkan polis bantuan dan SUKSIS (Kor Sukarelawan Polis Siswa
Siswi)..

Skema 2 + 2

 



Media alternatif semakin mendapat perhatian masyarakat kerana mempunyai peranannya yang tersendiri. Namun, tidak dinafikan bahawa media ini juga mempunyai implikasi negatif terhadap negara. Bincangkan.

Pengenalan
Media alternatif semakin diminati oleh masyarakat hari ini kesan perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi. Penggunaan internet yang meluas memudahkan anggota masyarakat mendapat maklumat dalam media yang semakin berkembang ini.

Bil
Idea/isi
Huraian

1

A:  Kebaikan
Tempat penyimpanan maklumat



·         Blog, laman web dijadikan sebagai tempat simpanan maklumat.
·         Digunakan untuk menyimpan kisah/pengalaman tentang kehidupan seseorang seperti Facebook dan Twitter.
·         Boleh dan mudah diakses oleh sesiapa dan di mana-mana sahaja tanpa bersemuka dengan penulis.
·         Pembaca boleh memberi respon.
·         Selain penulisan, laman web juga boleh memuatkan imej,video dan muzik, menjadikan media ini lebih menarik.


2

Penjana pendapatan
·         Pengendali Internet boleh mengiklankan produk mereka melalui laman web.
·         Penyedia maklumat mengenakan bayaran kepada mereka yang mahukan maklumat dengan bayaran secara dalam talian.
·         Menjual produk  melalui iklan.
·         Dimanfaatkan  sebagai medium untuk promosi dan pemasaran produk serta perkhidmatan.
·         Tidak memerlukan premis yang mengenakan sewa yang tinggi. Contoh: eBay.
·         Terdapat juga laman web yang membayar kepada ahli yang menulis artikel yang baik.
      Contoh: Helium.com

3
Laman sosial yang efisyen dan bebas
·         Penulis bebas menulis pelbagai topik seperti politik, kesihatan, perniagaan, dan isu-isu semasa.
·         Laman, blog atau ruang siber dijadikan medium untuk bertukar-tukar pendapat walaupun pembaca tidak mengenali penulis.
·         Para pembaca boleh berinteraksi secara interaktif.
·         Blog boleh dipersembahkan dalam gabungan bentuk teks, gambar foto(blog foto), video(Vlog), muzik(MP3) atau audio(podcast).
·         Selain itu, blog juga ada pautan ke laman-laman yang boleh dipilih oleh pengguna blog.

4
Sumbert maklumat / berita dengan mudah, cepat dan luas
·         Berita / maklumat  yang diperolehi dengan cepat dan terkini berbanding akhbar.
·         Berita / maklumat dari seluruh dunia diperolehi dengan cepat.
·         Diperolehi setiap masa. 24 jam dari seluruh dunia.
·         Maklumat di hujung jari.



5

B: Keburukan

Penyebaran maklumat palsu / fitnah

·         Penulisan menerusi media alternatif lebih bebas dan terbuka.
·         Penulisan media ini merupakan  cara berkesan dan boleh mempengaruhi serta membentuk perspektif pembaca mengenai pelbagai isu negatif.
·         Mendorong sesetengah pihak mengambil kesempatan menyebarkan fitnah dan maklumat yang salah seperti ‘surat layang’.
·         Fakta tidak tepat

6
Menggugat kestabilan dan keselamatan negara
·         Terdapat penulis/pengendali yang membangkitkan isu sensitif yang berbau perkauman atau menghina agama-agama tertentu.
·         Komen dan sesi menjawab semula menyediakan saluran kepada pembaca untuk menyebarkan perasaan benci dan sentimen perkauman.
·         Boleh menyebabkan ketegangan antara kaum dan menggugat kestabilan negara.

7
Penyebaran penulisan tidak beretika

·         Penulisan menerusi media alternatif lebih bersifat pandangan peribadi..
·         Berbeza dengan penulisan majalah,akhbar dan buku yang berpandukan fakta, kajian dan garis panduan
·         Adakalanya  penulis tidak bertanggungjawab selepas berlaku  sesuatu isu hasil daripada penulisan  masing-masing.
·         Terdapat juga penulis yang menggunakan bahasa yang kasar dan tidak bermoral .


Penutup

Media alternatif memberi banyak manfaat kepada masyarakat dengan kaedah yang menarik , terkini dan merentasi sempadan. Namun, masyarakat harus bijak memilih dan menilai laman-laman yang memberi sumbangan ke arah pembangunan negara.

Skema jawapan:
2 kebaikan + 2 keburukan

 

Walaupun teknologi perubatan yang canggih dan terkini berupaya meningkatkan taraf kesihatan masyarakat di negara ini, namun penjagaan kesihatan diri sendiri juga tidak boleh diabaikan. Jelaskan penyataan di atas.


Skema jawapan:
Kesihatan dan perubatan adalah bidang yang penting di dalam dunia sains perubatan. Walaupun revolusi dan inovasi berjaya menghasilkan  teknologi perubatan yang canggih dan terkini, masyarakat khususnya disarankan agar menjaga kesihatan diri dari pelbagai aspek kesihatan.

Idea
Sumbangan Teknologi Perubatan
Huraian

1.

Teknologi peralatan

Peralatan perubatan semakin canggih, selamat, kurang risiko kegagalan. Cth dalam bidang pembedahan menggunakan teknologi robotik – banyak digunakan dlm urologi dan kardiotorasik. Pembedahan seluruh kelenjar prostat akibat kanser – dapat jimat masa dan elak kemungkinan risiko kelenjar darah yang rendah.
2
Teknologi pemprosesan ubat-ubatan
Ubat-ubatan lebih bersih dan selamat semasa diproses – diletakkan ke dalam kapsul/pil mengikut spesifikasi yang tepat. Ubat dibotol, ditin, dikapsul supaya tahan lebih lama.

3.
Teknologi mengesan penyakit
Semakin canggih dengan penemuan kaedah mengdiagnosis penyakit dengan lebih cepat dan tepat. Cth: penggunaan sinar x, radiografi, pengimejan molekul – dapat mengetahui perebakan penyakit kanser dengan tepat, cepat
4.
Teknologi maklumat
Memudahkan perbincangan antara doctor pakar – teleperubatan – penemuan terkini disebarkan dengan cepat keseluruh dunia – perkongsian kepakaran perubatan
5.
Kaedah rawatan
Dipertingkatkan dari semasa ke semasa. Kaedah pembedahan dan pemindahan organ seperti jantung dan mata –  wujud mata bionic, teknik laser untuk rawat rabun dll. Pemindahan darah lebih bersih dan selamat dengan adanya teknologi terkini.
B
Sumbangan Penjagaan kesihatan diri

Huraian
.
6.
Pemakanan yang seimbang

Berupaya mengatasi masalah obesity, menjamin tahap perkembangan yang sempurna dan mengekalkan tahap kesihatan. Makan mengikut pyramid makanan mampu mengekalkan kesihatan
7.
Riadah dan senaman.
Mencerna lemak untuk ditukarkan kepada tenaga, mengurangkan tekanan dan menyihatkan tubuh badan
8.
Gaya hidup sihat
Tidak merokok, minum minuman beralkohol, tidak mengamalkan seks rambang – kesihatan akan berpanjangan

Skema:
2 + 2



Laut yang terpelihara sangat penting kepada hidupan  dan kemusnahannya akan membawa kesan yang serius.  Jelaskan pernyataan di atas.

Pengenalan.
Sebahagian besar dunia ini dilitupi dengan laut yang mempunyai peranan besar dalam kehidupan manusia dan alam sekitar. Penjagaan laut supaya tidak tercemar sangat penting terhadap kemandirian hidupan yang bergantung secara langsung kepada bekalan air yang bersih ini.
Bil
Idea / Isi
Huraian


1
  1. Kepentingan.

Membekalkan sumber protein

-          Hidupan akuatik merupakan sumber protein utama seperti ikan, ketam, udang, sotong dan kerang
-          Bekalan sumber protein tidak kehabisan @ pupus


2

Menyediakan air bersih

-          Air yang bersih/ tidak tercemar mudah disuling untuk dijadikan air minuman
-          Bekalan air bersih terpelihara dan berterusan
-          Lebih selamat untuk kegunaan industri


3

 Kajian dan penyelidikan marin

-          R & D giat dijalankan untuk kebaikan
-          Kajian yang dilakukan dapat memelihara persekitaran marin.
-          Laut yang terpelihara menjadi proses R & D berjalan lancar


4

Hidupan akuatik terpelihara

       -   Terumbu karang / habitat dipelihara
        -  Plankton banyak dan bekalan makanan   
           tidak  terputus
          -  Pembiakan berterusan

5

Tumbuhan pinggir pantai terpelihara
-          Air laut yang bersih menjadikan tumbuhan pinggir pantai terpelihara. Kandungan oksigen berterusan
-          Hutan paya bakau dapat elakkan hakisan, banjir besar dll




6
B. Kesan negatif


Pengurangan sumber protein


-          Sumber ikan, udang, ketam dan sebagainya yang menjadi sumber makanan akan pupus
-          Kemusnahan terumbu karang akan menyebabkan plankton berkurangan / habitat musnah
-          Keracunan makanan boleh berlaku
-          Gangguan sumber makanan
-           


7


Krisis bekalan air bersih

-          Air laut merupakan sumber air utama
-          Air yang tercemar jejaskan sumber bekalan air bersih
-          Pencemaran spt tumpahan minyak menjejaskan kandungan  oksigen dlm air



8


Hakisan pinggir pantai

-          Ancam penduduk pinggir pantai kerana kemusnahan tumbuhan pinggir pantai
-          Tiada pertahanan hutan paya bakau untuk hadapi bencana alam seperti banjir, ribut atau tsunami
-          Pembuangan sisa toksik/ radioaktif bawa mudarat kepada hidupan.


Kesimpulan.
Penjagaan air laut t perlu diambil berat oleh semua pihak. Pencemaran air akan menjejaskan hidupan akuatik dan turut menjejaskan kehidupan manusia.










Cabaran ke tujuh dalam Wawasan 2020 ialah mewujudkan masyarakat penyayang dan budaya penyayang. Masyarakat penyayang ialah masyarakat yang hidup bermuafakat dengan anggota-anggotanya yang mesra dan bertimbang rasa.
Bincangkan rasional kerajaan menekankan konsep masyarakat penyayang dalam Wawasan 2020.
.

Pengenalan

Kemajuan dari negara barat yang dibawa masuk ke negara kita telah membawa bersama nilai-nilai negatif seperti sifat angkuh, materialistik, individualistik, dan penindas sehinggakan nilai-nilai murni yang sedia ada telah terhakis dan dilupai. Pengenalan konsep masyarakat penyayang diharapkan akan dapat memupuk kembali nilai-ilai ketimuran yang semakin ditinggalkan.

Bil
Idea/isi
Huraian


1
RASIONAL

Kurangnya amalan nilai-nilai kemasyarakatan



·         Nilai-nilai kemasyarakatan dan kemanusiaan yang diamalkan oleh generasi tua seperti bekerjasama, saling mengambil berat dan lain-lain lagi telah dilupai oleh generasi masa kini.
·         Semangat kejiranan semakin luntur
·         Masyarakat masa kini mengamalkan sifat individualistik dan materialistik
·         Kekayaan yang dimiliki membolehkan mereka menyelesaikan masalah yang dihadapi tanpa bantuan jiran tetangga.
2
Peningkatan masalah sosial dalam kalangan remaja
·         Gejala sosial seperti penagihan dadah, melepak, bohsia, ponteng sekolah semakin berleluasadalam kalangan remaja.
·         Masalah ini perlu diatasi kerana ia boleh menggagalkan matlamat negara melahirkan masyarakat yang harmoni dan bersatu

3
Pengabaian golongan tua / Golongan Kurang Upaya
·         Masyarakat kini lebih mementingkan kekayaan dan kebendaan daripada kasih sayang kepada keluarga.
·         Golongan tua terutamanya dianggap tidak produktif, tidak berguna, membebankan dan banyak kerenah.
·         Kebanyakan ibu bapa/golongan tua telah ditempatkan di rumah orang-orang tua. Keadaan menjadi lebih buruk apabila anak-anak tiada masa untuk menziarah ibu bapa mereka.
·         Keadaan ini wujud kesan daripada tiadanya nilai kasih sayang di antara satu sama lain dalam kalangan anak-anak, keluarga dan masyarakat.

4

Penganiayaan terhadap kanak-kanak semakin meningkat

·         Masalah ini wujud kerana luputnya perasaan kasih sayang dalam kalangan ibu bapa dan penjaga.
·         Anak-anak diseksa, dipukul, didera secara fizikal mahupun mental kerana dianggap membebankan dari segi kewangan dan masa.
·         Ada juga yang melakukan penderaan seksual terhadap kanak-kanak tanpa belas kasihan sehingga membawa maut seperti kes adik Nurin Jazlin.
5
Kegiatan anti sosial / rusuhan kaum yang berleluasa
·         Wujudnya masalah prasangka antara kaum dan semakin berleluasa
·         Terdapat sesetengah golongan anti sosial yang memecah belahkan perpaduan yang sedia terjalin erat dalam kalangan masyarakat di negara ini, melalui demonstrasi, sepanduk dan ceramah
·         Berlakunya suasana huru hara dalam negara seperti isu HINDRAF
·         Sifat toleransi, kerjasama, saling faham memahami dan sayang kepada keamanan perlu dipupuk dan diamalkan secara berterusan
6
Kegiatan vandalisme yang semakin berleluasa
·         Kemudahan-kemudahan awam seperti telefon awam, perhentian bas awam, tandas awam sering menjadi sasaran kegiatan vandalisme
·         Pemusnahan ini akan menimbulkan kesukaran kepada golongan yang memerlukan
·         Kerajaan terpaksa mengeluarkan perbelanjaan yang tinggi untuk membaik pulih kemudahan berkenaan
·         Pembaziran harta benda kerajaan menyebabkan kerugian dan kebajikan masyarakat akan terjejas.

Kesimpulan
Semua pihak harus menggembleng tenaga bagi merealisasikan konsep masyarakat penyayang. Kita patut menjadi negara maju mengikut acuan kita sendiri. Tanpa jiwa penyayang, kita akan mengulangi kesilapan negara maju lain yang mengalami keruntuhan moral dan akhlak yang tinggi.

Pilihan Jawapan :      
(4+0)              





Inovasi dalam  penghasilan pelbagai gajet  sains dan teknologi telah memanfaatkan kehidupan manusia namun ,jika disalahgunakan  akan memudaratkan kita.
Jelaskan pernyataan di atas.

Pengenalan
Manusia hari ini lebih selesa dengan pengeluaran  pelbagai gajet sains dan teknologi yang telah merubah sebahagian besar aktiviti manusia. Gajet seperti komputer riba, iphone dan sebagainya telah memudahkan lagi kehidupan manusia seharian.

Bil
Idea/isi
Huraian

1
A: Manfaat
Memperoleh maklumat terkini dengan mudah

·         Maklumat lebih mudah diteroka dengan menggunakan komputer riba yang boleh dibawa ke mana-mana. Komputer riba dicipta untuk memudahkan pengguna mengakses internet melalui capaian jalur lebar tanpa batasan waktu.
·         Komputer riba kebanyakannya dilengkapi juga dengan kamera  untuk memudahkan lagi maklumat yang akan disampaikan.
·         Pengguna juga boleh menggunakan internet melalui iphone untuk mengakses maklumat dengan cepat dan pantas. Misalnya berita /peristiwa yang berlaku di seluruh pelusuk dunia dapat dilihat atau dibaca dalam beberapa saat sahaja.

2
Menjana pendapatan  individu/syarikat /negara
·         Penggunaan Telekonferens telah memudahkan persidangan/mesyuarat antara ahli-ahli perniagaan yang memiliki rangkaian perniagaan seluruh dunia.
·         Penghantaran pesanan boleh dilakukan hanya dalam beberapa saat melalui email dan katalog jualan boleh dihantar kepada pembeli dengan segera untuk pengesahan jualan.
·         Peniaga dapat menjimatkan masa dan seterusnya mengurangkan kos operasi. Keadaan ini membolehkan peniaga bersaing dengan pengeluar lain dari segi harga.
·         Seterusnya keuntungan syarikat individu dapat dimaksimumkan dan seterusnya pendapatan negara meningkat.

3
Memudahkan perhubungan/komunikasi
·         Jurang digital antara penduduk luar bandar dan bandar telah dapat dikurangkan dengan adanya pelbagai kemudahan peralatan sains dan teknologi.
·         Misalnya, syarikat-syarikat komunikasi seperti CELCOM, MAXIS telah menyediakan capaian tanpa wayar di kawasan luar bandar untuk memudahkan komunikasi.
·         Maklumat  terkini dapat disebarkan secara menyeluruh kepada setiap lapisan masyarakat.

4
Meningkatkan mutu bidang fotografi dan animasi/perfileman
·         Bidang fotografi lebih mudah dan canggih kerana setiap gambar yang diambil boleh diedit supaya lebih menarik seperti bidang pengiklanan. Gambar-gambar dapat dipindahkan terus ke komputer  dalam bentuk digital tanpa menggunakan ‘USB’
·         Bidang perfileman/animasi pula telah wujud pelbagai kaedah menarik seperti penggunaan 3D dalam filem Avatar.
·         Kaedah stereoscopic 3D terbukti menarik, lebih bermutu dan ‘real’
  • Evolusi USB 3.0 dijangka mencapai kelajuan 10 kali ganda lebih pantas dan pemindahan fail sekitar 400Mbps.Berdozen gigabait aplikasi, muzik,filem dapat dipindahkan dengan lebih pantas.

5
Memudahkan bidang pendidikan

·         Selain itu,  pelajar dan tenaga pengajar dapat berhubung antara satu sama lain tanpa perlu bersua muka. Segala permasalah dalam pengajaran dapat diatasi dengan segera. Penghantaran email lagi memudahkan komunikasi antara kedua-dua pihak.
·         Guru juga boleh menyediakan blog-blog untuk pendidikan dan boleh dilayari dengan mudah oleh pelajar.
·         Proses P&P dapat berjalan dengan lancar dan jelas apabila penggunaan bahan seperti LCD,video dan dan sebagainya.
·         Inovasi peralatan ini dapat meningkatkan lagi pengetahuan pelajar serta dapat menjimatkan masa.
6
B. Keburukan
Penyebaran fitnah /gambar porno
·         Penulis yang terlibat menyebarkan fitnah dan gambar porno tidak menghiraukan etika penyiaran dan kebanyakannya hanya untuk suka-suka sahaja.
·         Kemudahan  internet, handfon,wifi dan lain-lain gajet akan memudah maklumat yang berbentuk fitnah disebarkan kepada orang ramai.
·         Maklumat seperti gambar porno akan tersebar dalam sekelip mata. Kemudahan blutooth memudahkan lagi kegiatan tidak bermoral ini beroperasi. Kemudian gambar –gambar ini akan dimuatnaik ke Youtube dan dapat ditontoni seluruh dunia.
·         Broadband mudahalih yang diperkenalkan  membolehkan pengguna mengakses internet di lokasi yang lebih luas, dan menggalakkan lagi penyebaran fitnah/ gambar-gambar porno.

7
Penipuan
·         Kebanyakan pengguna mudah tertipu dengan maklumat yang disebarkan melalui handfon, internet dan lain-lain gajet.
·         Pengguna selalu mendapat maklumat palsu yang menyebabkan kerugian beribu-ribu ringgit.
·         Keghairahan untuk memiliki gajet terkini seperti kamera, komputer riba menyebabkan pengguna tertipu dengan barang-barang tiruan yang dikeluarkan oleh syarikat yang tidak bertanggungjawab.
·         Misalnya, produk Blueberry telah diciplak oleh negara China walaupun baru 4 hari berada dalam pasaran.

8
Pembaziran wang
·         Kebanyakan pengguna terlalu terikut-ikut dengan perubahan gajet baru  yang dikeluarkan oleh pengeluar. Mereka berebut-rebut untuk memiliki produk baru.
·         Akitiviti ini akan membazirkan wang dan merugikan diri kerana harga produk lama telah turun secara mendadak.
·         Lebih buruk lagi apabila pembelian dibeli secara kredit, pihak penjual dan pihak bank akan mengaup keuntungan yang tinggi.
·      Permintaan yang tinggi telah mendorong peniaga menaikkan harga dengan sewenang-wenangnya.


Penutup
Kemajuan dalam penghasilan gajet sains dan teknologi perlu dimanfaatkan dengan baik supaya tidak memudaratkan pengguna. Justeru, pihak kerajaan perlumengawal kemasukan dan penggunaan gajet untuk menjamin kesejahteraan masyarakat dan negara.


Skema jawapan:
2 + 2
           




Aktiviti sukan berperanan untuk meningkatkan kesihatan dan kualiti hidup manusia yang mengamalnya. Namun, jika tidak dimanfaatkan aktiviti ini boleh menjejaskan kehidupan kita. Jelaskan.

Pengenalan
Aktiviti sukan yang sistematik dapat menjamin tahap kecerdasan individu. Individu yang sihat amat diperlukan dalam pembangunan.


Bil
                    Idea /Isi
Huraian


1
A.    Kebaikan sukan

Mencergaskan fizikal




·         Aktiviti sukan yang dijalankan mengikut prosedur yang betul akan meningkatkan kecergasan fizikal kita. Misalnya, aktiviti berkuda melibatkan seluruh anggota tubuh badan . Bentuk lekuk badan belakang kuda – tempat tunggangan baik untuk merawat segala masalah tulang. Semasa kuda bergerak menyebabkan vertebra tulang belakang manusia merangsang saraf-saraf tulang belakang, seterusnya  mengelakkan sakit tulang belakang.
·         Senaman berjoging, berbasikal dan sebagainya  boleh meningkatkan keupayaan jantung. Kekerapan melakukan latihan menjadikan otot-otot lebih kuat.
·         Otot jantung yang kuat akan menghasilkan  tekanan yang tinggi dan membolehkan darah yang mengandungi oksigen dihantar keseluruh badan. Saiz ruang jantung akan bertambah dan meningkatkan tahap kecerdasan individu.

2
Mencerdaskan minda
·         Aktiviti sukan juga dapat mengurangkan stress dan membolehkan kita tidur nyenyak. (tidur yang berkualiti)
·      Misalnya,aktiviti sukan memanah dapat   
     meningkatkan kawalan minda dan kosentrasi 
     individu, keadaan ini menggalakkan otak
     individu dalam keadaan tenang .
·         Kegembiraan dalam acara-acara sukan dapat meningkatkan pengeluaran enzim adrenalin yang dapat menenang dan mencergaskan minda individu. Minda yang tenang akan lebih cerdas dan dapat berfikir dengan baik.
3
Mengelakkan penyakit kronik
·         Individu yang selalu bersukan akan memenuhi aspek-aspek fisologi dan psikologi. Keadaan ini akan mencegah daripada penyakit-penyakit seperti jantung, obesiti dan penyakit hipokinetik.
·         Latihan senamrobik atau aerobik dapat meningkatkan sistem pengaliran darah dan membakar lemak-lemak yang terkumpul dalam salur darah dan jantung. Aktiviti ini juga dapat mengekalkan paras  gula dalam darah dapat mengelakkan penyakit diabetis serta mengawal berat badan.
4



Meningkatkan jangka hayat
·         Individu yang kekal dalam aktiviti sukan dari usia muda dapat meningkatkan jangka hayat kerana tahap kesihatan tubuh badan yang baik.
·         Tahap kesihatan yang baik dapat mengelakkan individu daripada pengambilan ubat-ubatan yang mengandungi bahan kimia. Bahan kimia yang terdapat dalam ubat-ubatan moden akan mendatangkan kesan sampingan bagi individu yang mengambilnya.
·         Justeru, individu yang sihat dapat mengelakkan diri daripada kesan jangka panjang pengambilan ubat-ubatan moden seperti penyakit buah pinggang, kegagalan hati dan sebagainya.

5
B.   Keburukan sukan

Penyalahgunaan dadah
·         Sesetengah ahli sukan sama ada sengaja atau tidak mungkin terlibat dalam penyalahgunaan dadah. Mereka menggunakan dadah untuk meningkatka tahap keupayaan sukan dan jika dibiarkan boleh membawa maut.
·         ‘Doping ‘ adalah penggunaan kaedah yang selalu digunakan oleh para atlit seperti mengambil ubat untuk merawat sesuatu penyakit tanpa disedari mengandungi dadah.
·          Bahan ini juga digunakan untuk meningkatkan prestasi sukan. Dadah adalah sejenis bahan atau campuran bahan kimia psikoaktif yang digunakan bukan untuk tujuan perubatan tetapi pengambilannya secara haram, boleh meninggalkan kesan ketagihan dan menyebabkan perubahan yang buruk dalam fungsi atau struktur fisiologi organisma.
·         Misalnya, Ben Johnson  pelari Kanada telah menggunakan dadah dalam acara olahraga dalam Sukan Olimpik.

6
Menghidap penyakit berbahaya/kecederaan serius


·         Sesetengah acara sukan amat berbahaya dan boleh mengancam nyawa. Hal ini terbukti apabila para atlet mengalami kecederaan yang serius selepas sesuatu pertandingan seperti tinju dan gusti.
·         Kecederaan yang didapati mungkin menyebabkan mereka cacat seumur hidup seperti dideritai oleh Mohamad Ali (Parkinson)
·         Menurut perangkaan yang pernah dikeluarkan oleh Majlis Sukan Negara, ahli sukan yang yang terlibat dengan jenis sukan seperti tinju, gusti, karate, tae-kwon-do, dan ski,  mempunyai 80 peratus kemungkinan untuk mendapat kecederaan yang parah.


7



Kualiti hidup terjejas
·         Bagi ahli-ahli sukan yang mengambil langkah untuk berhenti secara tiba-tiba mungkin akan menjejaskan kualiti hidup mereka.
·         Individu ini akan mengalami perubahan fizikal yang mendadak iaitu penambahan berat badan. Kadar metabolism individu yang tidak aktif menjadi perlahan dan melambatkan proses pembakaran lemak. Keadaan ini menyebabkan lemak-lemak terkumpul dan menyempitkan saluran darah.
·         Otot dan organ badan akan mengalami perubahan yang drastik menyebabkan berlakunya kekejangan otot dan stamina semakin menurun.
·         Keadaan ini akan menjejaskan pergerakan individu yang telah biasa bergerak cergas.
                                                                                                                                               
Kesimpulan
Aktiviti sukan dapat menjamin individu menikmati hidup yang yang lebih selesa dan berkualiti.

Skema  Jawapan:                  
2 + 2







Kini, kepupusan fauna semakin membimbangkan semua pihak. Ancaman terhadap spesies ini selari dengan tuntutan pemodenan, walaupun pelbagai inisiatif telah diambil bagi mengawalnya. Bincangkan.

Pengenalan
Kita tidak dapat lari daripada tuntutan arus pemodenan. Malangnya, kita sering kali alpa dalam memastikan pengekalan habitat flora dan fauna. Terdapat pelbagai punca yang menjadi pemangkin kepada masalah ini.

Bil
Idea/isi
Huraian

1

A: PUNCA
Kemusnahan habitat


·         penyahutanan, penerokaan kawasan baru untuk  pembangunandan pembakaran hutan
·         Hal ini menyebabkan hábitat fauna musnah.
·         Boleh mengecilkan hábitat fauna
·         Mengganggu rantaian makanan
·         Menyebabkan kematian dan pengurangan populasi

2
Pemburuan haram untuk perubatan tradisional dan sumber makanan
·         Permintaan yang tinggi untuk haiwan eksotik seperti tenggiling, musang
·         perubatan tradisional – menggunakan bahagian-bahagian tertentu fauna seperti hati, jantung yang dikatakan mujarab dalam meningkatkan tenaga manusia dan mengubati penyakit-penyakit kronik (sakit jantung, kanser dan lain-lain)
3
Pencemaran
·         Pencemaran air dan pencemaran alam sekitar (udara, daratan)
·         Kegiatan carigali dan tumpahan minyak di laut menyebabkan kepupusan hidupan akuatik. Minyak melitupi permukaan air dan menyebabkan pancaran matahari terhalang dan bekalan oksigen terjejas.
·         Pencemaran alam mengganggu rantaian makanan, cth : kepupusan pokok buluh di China menyebabkan pengurangan populasi panda.
4
Perubahan suhu dunia
·         Fenomena el-Nino meningkatkan suhu dunia.
·         Sesetengah  spesies fauna tidak sesuai dengan cuaca panas yang melampau
·         Hal ini menyebabkan kematian kerana kekurangan air
5
B:LANGKAH
Penyelidikan dan pembangunan
·         Pengklonan – untuk menambahkan kepelbagaian genetik bagi meningkatkan populasi fauna.
·         Menjalan kajian tentang punca kematian fauna dan menghasilkan vaksin yang boleh meningkatkan daya rintangan penyakit
·         Membiakbaka fauna yang terancam seperti tapir,penyu
6
Pemeliharaan.
·         Spesies yang terancam kepupusan perlu dipelihara dan dibiakkan di pusat jagaan khas.  Cth :zoo, pusat pembiakan orang utan sepilok dll
·         Spesies fauna ini akan dilepaskan semula ke habitat asal setelah dewasa / matang
7
Kemandirian habitat
·         Melindungi habitat daripada ancaman semua aktiviti manusia
·         Mengekalkan rantaian makanan
·         Kemandirian spesies fauna lebih terjamin apabila habitat lebih terjamin.
8
Pemantauan menggunakan teknologi satelit
·         Spesies fauna yang terancam akan dipilih dan dipakaikan gelang Sistem Penentu Kedudukan Global (GPS)
·         Pergerakan fauna tersebut boleh dipantau untuk menjamin kelansungan hidup
·         Satelit mampu mengesan kawasan hutan yang terbakar, banjir dan ancaman yang lain
·         Memudahkan pemindahan fauna ke kawasan yang lebih selamat.


Penutup
Kesimpulannya,  pemodenan sememangnya penting bagi sesebuah negara. Namun, dalam mengejar arus pemodenan kita seharusnya tidak meminggirkan aspek zoologi



Kebelakangan ini jenayah siber yang berlaku di negara kita semakin membimbangkan. Justeru,  pelbagai langkah tertentu perlu diambil untuk mengawalnya. Bincangkan.


Idea
Huraian
Punca
1. Pertambahan penggunaan internet

Pertambahan penggunaan internet di Malaysia yang melebihi hampir 8 juta orang menyebabkan pertambahan kepada kes jenayah siber yang berlaku
2. Kekurangan kawalan forensik komputer
Malaysia masih kekurangan pakar forensik komputer termasuk pihak polis sendiri sedangkan penjenayah siber pula kian ramai dan mahir menggunakan teknologi canggih
Kurang kawalan keselamatan
3. Kurangnya kesedaran sivik dalam kalangan masyarakat
Masyarakat kurang kesedaran sivik tentang kesalahan yang mereka lakukan. Mereka tidak merasakan perbuatan mereka seperti mencipta virus, menggodam, menghantar mesej sampah, dan pencerobohan sebagai satu jenayah. Mereka lebih mementingkan keuntungan dan kepuasan peribadi tanpa memikirkan kesan perbuatan tersebut kepada orang lain
4. Tindakan ingin mencuba perkara baru
Peningkatan kes jenayah siber juga turut disumbangkan oleh tindakan ingin mencuba sesuatu yang baru. Para remaja khususnya yang berkemahiran dalam ilmu IT cenderung untuk mencuba dan mempraktikkan pengetahuan mereka menerusi saluran yang tidak betul. Keadaan ini menyebabkan berlaku peningkatan dalam kes jenayah siber terutamanya kes penyebaran virus, mesej sampah dan penggodaman.
5. Kelonggaran kuat kuasa undang-undang
Kurangnya tenaga dan kepakaran penguatkuasaan yang menyebabkan mereka yang bersalah tidak dapat dihadapkan ke mahkamah
Tempoh penyiasatan yang lama, kes pendakwaan tertangguh
Akta yang sedia ada belum menangani jenayah siber kerana perubahan teknologi pengkomputeran yang terlalu pantas

Langkah

6. Peraturan/undang-undang

Kerajaan perlu menggubal undang-undang yang lebih tegas terhadap kesalahan jenayah siber
Badan penguatkuasa perlu melaksanakan siasatan/tangkapan dan pendakwaan segera terhadap kes jenayah siber
7. Kempen kesedaran
Kerajaan perlu menjalankan pelbagai kempen dari semasa ke semasa untuk meningkatkan kesedaran masyarakat supaya tidak menjadi mangsa.
8.Pendidikan/Ibu bapa
Peranan institusi pendidikan untuk mendidik sifat bertanggungjawab dalam penggunaan dan urusniaga internet.
9. Tingkatkan sistem keselamatan
Sistem keselamatan laman web perlu ditingkatkan untuk mengelakkan peniruan atau penggodaman. Contoh: Bank perlu menyediakan langkah yang ketat untuk membuat pindahan akaun melalui internet, pembelian melalui kad kredit dan sebarang urusniaga dalam talian. Pengguna juga perlu mempunyai sistem keselamatan sendiri misalnya anti-virus
10. Kawalan kerajaan
Kerajaan perlu mangawal dan menapis  supaya laman web palsu atau sesiapa sahaja boleh membuat perniagaan atau membuat pengiklanan internet. Badan penapisan perlu diwujudkan untuk menapis dan menyekat supaya tidak terlalu bebas sehingga sesiapa juga boleh membuat pengiklanan contohnya ’skim jutawan internet’

 Jawapan: 2 + 2 = 4



 Kemasukan pekerja asing ke negara kita telah menimbulkan pelbagai implikasi. 
 Bincangkan.

Idea
Huraian
Implikasi positif
1. Mengatasi kekurangan tenaga buruh tempatan
Kemajuan negara memerlukan banyak tenaga kerja mahir dan tidak mahir terutamanya dalam sektor perindustrian, perkhidmatan, pertanian dan perladangan. Kebanyakan rakyat tempatan mempunyai pekerjaan atau memilih pekerjaan menyebabkan berlaku kekurangan tenaga buruh
2. Melatih pekerja tempatan

Negara masih kekurangan tenaga pakar dalam bidang teknologi tinggi.Kehadiran mereka memberi peluang kepada pekerja tempatan mempelajari pelbagai bidang keilmuan tinggi contohnya IT
Untuk menampung sektor yang kekurangan tenaga bagi tujuan pemindahan ilmu melalui tunjuk ajar mereka. Jangkamasa akan datang negara tidak perlu lagi mengimport pekerja asing
3. Meningkatkan imej negara
Kemasukan pekerja asing menunjukkan negara mencapai kadar pertumbuhan ekonomi yang tinggi berbanding negara serantau lain.
Suasana sosioekonomi yang kondusif, keadaan politik yang stabil, iklim perniagaan yang progresif meningkatkan imej negara
4. Membantu meningkatkan ekonomi negara
Kemajuan ekonomi yang pesat disamping kadar pertumbuhan yang tinggi membolehkan negara berkembang sebagai negara yang termaju di rantau ini dan mempunyai kemakmuran yang tinggi.
Implikasi negatif
4. Wujudnya pelbagai masalah sosial

Peningkatan kadar jenayah seperti pembunuhan, rompakan, dan rusuhan. Agensi yang menjalankan operasi perniagaan pekerja asing wanita akan mengambil kesempatan menjalankan aktiviti perdagangan seks atau pelacuran. Akibatnya meningkatlah wabak seksual seperti HIV, AIDS, penggunaan dadah, pil khayal, pil rangsangan seksual dan sebagainya. Masalah tempat tinggal – wujud setinggan
5. Masalah ekonomi negara

Peningkatan kadar pengangguran guna tenaga tempatan memberikan kesan buruk kepada ekonomi negara. Pengaliran wang keluar meningkat disebabkan penghantaran wang yang diperoleh daripada negara ini ke negara asal oleh pekerja asing yang bekerja di negara ini
Kos kewangan perbelanjaan kerajaan dan majikan untuk mengambil pekerja asing meningkat misalnya kos pembayaran levi, rawatan di hospital kerajaan, dan minyak bersubsidi yang dibeli oleh pekerja asing.
6. Masalah politik dan keselamatan

Banyak masalah yang dihadapi oleh pekerja asing yang boleh menjejaskan hubungan diplomatik.
Menjejaskan imej dan menggugat kredibiliti negara ini dari segi isu yang berkaitan dengan hak asasi manusia, hak pekerja asing, undang-undang buruh antarabangsa dan sebagainya
Penyebaran fahaman politik yang pelbagai/dakyah/propaganda politik yang tidak sihat mengancam keamanan/keselamatan  negara
7. Persaingan pekerjaan

Peluang pekerjaan yang sukar kerana persaingan kadar upah yang rendah ditawarkan oleh majikan kepada pekerja asing
Kadar pengangguran negara meningkat. Taraf hidup penduduk tempatan terjejas. Pekerja asing juga merebut peluang yang sama dengan rakyat

Jawapan: 2 + 2 = 4



 Ilmu sains dan teknologi sangat penting bagi meningkatkan mutu sukan negara kita. Bincangkan penyataan ini.

Idea
Huraian
1. Peralatan sukan
Penghasilan alatan sukan berupaya meningkatkan prestasi atlet. Reka bentuk dan sifat alatan sukan merangkumi sains material, kejuruteraan mekanikal dan fizik malah turut memerlukan pengetahuan dari segi anatomi, fisiologi dan biomekanik
Penggunaan teknologi bahan termaju membolehkan atlet untuk menendang, membaling, atau memukul bola dengan lebih efisien, merentas air dan udara dengan lebih laju
Dapat mengurangkan impak kecederaan jika berlaku kecelakaan.
Contoh: Kayu golf diperbuat daripada komposit polimer grafit-epoksi yang lebih ringan dan kuat; raket tenis daripada bahan logam seperti aluminium, titanum magnesium dan komposit bermatriks logam.
2. Teknik latihan
Teknik latihan yang sistematik dan saintifik menggunakan komputer memudahkan atlet memperbaiki keputusan
Penggunaan prinsip-prinsip mekanik dalam lompatan, imbangan dan lain-lain
Penggunaan alatan sains membantu atlet membuat latihan dengan berkesan
3. Perubatan/Kesihatan
Sains perubatan dapat mengesan sebarang kecederaan yang dialami oleh atlet dan seterusnya membuat rawatan awal
Atlet dapat menjaga kesihatan melalui ubat-ubatan seperti vitamin bagi memastikan atlet sentiasa cergas dan bebas daripada penyakit
Ujian-ujian perubatan seperti ujian elektrodiagram dan ujian kardiovaskular, ujian dadah bagi menjamin atlet bebas daripada kecederaan atau kematian
4. Pemakanan
Pemakanan seimbang penting kepada atlet untuk kecergasan
Pengambilan diet yang betul bagi menghasilkan pertumbuhan badan yang seimbang dan membekalkan tenaga
Pakar-pakar pemakanan menentukan jenis makanan dan minuman yang diperlukan oleh atlet
5. Penyelidikan dan Pembangunan (P&P)
Kajian berkaitan kaedah latihan, sains kesihatan, penggunaan teknologi, pemakanan berkualiti, perubatan dan sebagainya sangat penting bagi meningkatkan pencapaian atlet. Kajian secara saintifik berkaitan psikologi sukan misalnya kaedah menangani tekanan.
6.Kemajuan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT)
Kemajuan ICT membolehkan atlet mempelajari teknik-teknik berkaitan sukan
Penyiaran acara sukan secara langsung dari serata dunia membolehkan atlet mengetahui kaedah terkini
7. Infrastruktur/kemudahan sukan
Penyediaan infrastruktur sukan yang moden dapat meningkatkan pencapaian atlet misalnya stadium, kolam renang, trek balapan dan sebagainya. Penggunaan bahan-bahan atau alatan yang terkini seperti lampu, rumput dan lain-lain

JAWAPAN : 4 + 0 = 4





 Fenomena pemanasan global yang berlaku pada masa ini disebabkan oleh beberapa faktor dan boleh memberi kesan buruk kepada alam sekitar. Bincangkan.

Idea
Huraian
Faktor
1. Peningkatan gas rumah hijau

Peningkatan pembebasan gas-gas rumah hijau seperti karbon dioksida, metana, nitrus oksida dan nitrogen oksida daripada aktiviti pembakaran bahan api fosil, penggunaan racun serangga, alat penghawa dingin dan sebagainya menyebabkan haba daripada matahari terperangkap.
Gas rumah hijau akan memerangkap haba yang sepatutnya dihembus bumi ke atmosfera atau angkasa lepas bagi mengekalkan keseimbangan haba dan menyejukkan bumi. Akibatnya bumi semakin panas.
2. Penggondolan hutan
Aktiviti penggondolan hutan untuk pembinaan bandar, lebuh raya, empangan dan sebagainya menyebabkan pokok berkurang serta tidak dapat menyerap karbon dioksida untuk ditukarkan kepada oksigen melalui proses fotosintesis. Situasi ini menyebabkan ketidakseimbangan antara karbon dioksida yang dibebaskan dan karbon dioksida yang diserap kerana karbon dioksida lebih banyak dibebaskan. Akibatnya suhu di bumi akan terus meningkat.
3. Pertambahan bilangan kenderaan
Pembakaran bahan api fosil seperti petrol yang membebaskan karbon dioksida, karbon monoksida, hidrokarbon dan natrium oksida ke atmosfera terutamanya ketika kesesakan lalu lintas akan menyebabkan suhu semakin meningkat.
4. Pembebasan bahan kimia dari kilang
Industri kimia, pelarut, pendingin udara, pemadam api dan sebagainya menghasilkan nitrogen oksida, sulfur plumbum, hidrokarbon dan klorofluorokarbon. Aktiviti ini akan menambah karbon dioksida di atmosfera dan seterusnya meningkatkan suhu dunia.
5. Penipisan lapisan ozon
Kloroflorokarbon (CFC) yang digunakan di kilang elektronik, bahan pendingin peti sejuk, gas halogen dalam alat pemadam api, bahan pencuci dan sebagainya dilepaskan ke udara.
CFC boleh menghakis lapisan ozon yang berperanan sebagai penapis sinaran ultra ungu daripada matahari. Apabila CFC menghakis lapisan ozon, lebih banyak sinaran matahari sampai ke bumi dan menyebabkan suhu di bumi meningkat.
6. Bencana alam
Letusan gunung berapi, kebakaran hutan, pembakaran bawah tanah di kawasan tanah gambut menyebakan suhu di bumi semakin meningkat
7. Ujian senjata nuklear
Pembebasan radio aktif/ rediaksi akan menyebabkan berlakunya pemanasan global
Kesan buruk
8. Penyakit berbahaya

Kebocoran lapisan ozon menyebabkan pancaran ultra ungu terus sampai ke bumi. Pancaran ultra ungu menyebabkan gen-gen dalam kromosom mengalami mutasi dan berlaku pembahagian sel-sel manusia yang tidak teratur yang mengakibatkan penyakit barah kulit.
Radiasi ultra ungu juga merosakkan sistem imunisasi manusia yang menyebabkannya tidak mampu menentang ancaman penyakit seperti radang paru-paru, penyakit katarak dan buta.

9. Paras air laut meningkat
Panahan cahaya matahari ke permukaan laut menghasilkan pantulan ke arah glasier (ketulan ais). Suhu yang tinggi menyebabkan glasier di kawasan Artik dan Antartika mencair.
Apabila suhu meningkat, pengembangan isi padu air laut akan berlaku dan seterusnya mengakibatkan paras air laut meningkat
10. Aktiviti pertanian dan perhutanan terjejas
Kawasan pertanian menjadi kering kontang, kandungan air dalam tumbuhan berkurang dan proses fotosintesis terjejas. Tumbesaran tanaman akan mengambil masa yang panjang untuk matang. Kualiti dan hasil tanaman akan terjejas.
11. Kepupusan flora dan fauna
Gangguan kepada habitat daratan dan air. Peningkatan 1.0 °C menyebabkan kepupusan hampir 30% spesies flora dan fauna di muka bumi. Haiwan akan bermigrasi untuk mencari habitat yang sesuai dan kemungkinan akan mengalami kepupusan
12. Sistem hidrologi terjejas
Kenaikan suhu atmosfera, daratan dan lautan disebabkan kesan rumah hijau. Kawasan tadahan air menjadi kering dan bekalan air berkurang
13. Perubahan cuaca/iklim luar biasa
Perubahan cuaca/iklim  yang mendadak dan sukar diramalkan.
Peningkatan suhu menyebabkan perubahan secara langsung pergerakan angin dan awan. Akibatnya kejadian ribut dan taufan serta banjir berikutan hujan lebat berlaku tanpa diramal.

Jawapan: 2 + 2 = 4




Gagasan Satu Malaysia  merupakan salah satu formula yang menjadi  prasyarat untuk memastikan aspirasi negara mencapai  status negara maju menjelang 2020 tercapai. Namun  begitu,  sumbangan  faktor –faktor  lain  tidak boleh diabaikan. Bincangkan.
No
Idea
Huraian
1
Gagasan 1 Malaysia
· rakyat yang bersatupadu mempercepatkan proses pembangunan sesebuah negara
· rakyat ikhlas berganding bahu membangunkan negara tanpa mengira perbezaan ras dan kaum.
2
Ekonomi yang mantap/kukuh
·  e-ekonomi
·  menarik keyakinan pelabur-pelabur  asing untuk melabur di negara ini.
·  ke arah negara berpendapatan tinggi
·  peluang pekerjaan bertambah
3
Sistem Pertahanan
·  sistem pertahanan yang kuat menjamin keselamatan negara.
·  dapat mengelakkan risiko diceroboh Negara asing.
4
Pentadbiran yang efisyen
·  pemimpin yang berwawasan
·  integriti yang tinggi
·  kerajaan boleh tumpukan perhatian kepada meningkatkan pembangunan negara.
5
Taraf Pendidikan
·  rakyat yang cerdik pandai menjadi pemangkin kepada kemajuan sesebuah negara.
·  mempunyai institusi pendidikan bertaraf antarabangsa dan memfokuskan kepada pendidikan sepanjang hayat. Con Kolej Komuniti

6
Tenaga kerja yang berkemahiran
·  Tidak bergantung kepada tenaga mahir asing.
·  Menjimatkan kos
·  Jati diri tinggi untuk meningkat kemajuan negara
7
Kecanggihan teknologi
·  teknologi komunikasi, pembuatan, pertanian, perubatan dll
                                       
1+ 3





Harta intelek merupakan hasil ciptaan minda yang mesti dilindungi oleh undang-undang sesebuah negara. Oleh itu, pelbagai langkah  telah dijalankan oleh kerajaan demi mengiktiraf hak intelektual seseorang. Bincangkan

Pendahuluan
Harta intelek adalah hasil ciptaaan minda sama ada dalam bentuk reka cipta, simbol, nama dan reka bentuk yang digunakan dalam perdagangan serta karya sastera dan seni, manakala komponennya membabitkan paten, cap dagangan, reka bentuk perindustrian, petunjuk geografi, hak cipta, dan susun atur litar bersepadu.

Bil
Idea
Huraian
A
Kepentingan melindungi harta intelek

1
Memelihara keaslian kreativiti seseorang
·  Melindungai hak ciptaan sesuatu produk daripada diciplak
·  Keaslian ciptaan dapat dikawal. Pengguna tidak memperoleh barangan tiruan.
2
Menguntungkan sesebuah syarikat dan negara
·  Memberi kekuatan kGI terutama spirit, keju dan coklat.
·  Menggalakkan industry pelancongan melalui konsep’ GI Tourism’ iaitu mempromosi  lokasi GI sebagai destinasi pelancongan.
3
Menggalakkan budaya mencipta/kreativiti
·  Seseorang akan terus mencari hasil-hasil karya baru untuk kebaikan dan masa depan negara.
·  Seorang berasa diri dihargai dan hartanya sentiasa  dalam lindungan undang-undang
·  Con; Zul Design, Jimmy Choo-kasut, filem, lagu, barangan kulit dll
4
Meningkatkan imej negara negara
·  Negara di dunia akan mengenali sesebuah negara melalui produk yang dihasilkan, Malaysia setakat ini mendaftarkan 6 GI iaitu Sarawak pepper, Sabah Tea, Sabah seaweed, Borneo Virgin Coconut oil, Tenom coffee dan Bario Rice.
B
Langkah-langkah
·   
5
Kempen/Meningkatkan kesedaran masyarakat
·  Memupuk budaya kreativiti, inovasi, integriti dan menghormati harta intelek dari peringkat sekolah lagi
·  Urusan hak intelek dalam pelbagai jenis seperti paten, cap dagangan, reka bentuk perindustrian, hak cipta, rahsia perdagangan, perlesenan teknologi , perlanggaran hak dll

6
Pendidikan
·  Formal di sekolah
·  Merentas kurikulum-sejarah, sivik dan kewarganegaraan,kemahiran hidup,
7
Kuatkuasa undang-undang
·  Akta Hak Cipta Terpelihara
·  Denda
8
Diperakui oleh badan bertauliah
·  JAKIM – tanda halal, SIRIM-kualiti
9
Mengisytiharkan Hari Harta Intelek Negara
·  26 April hari harta intelek.
·   


2        +     2




.                                                                                                                       [25]
Kepentingan sains dalam sukan memang tidak dapat dinafikan dan pengaplikasian ilmu ini dalam  bidang sukan telah lama digunakan di negara-negara maju.  Bincangkan kepentingan sains dalam sukan.

Isi
Huraian
1.      Psikologi
· teknik mengawal emosi
· pengurusan stress, ketahanan, menerima kekalahan
2.      Diet/ pemakanan
· Menentukan kalori makanan berdasarkan jenis sukan yang diceburi con: ahli bina badan perlukan banyak makanan berprotin seperti daging merah, telur, ayam dll
· Makanan tambahan/supplimen
3.      Fisiologi senaman dan latihan
· Teknik latihan yang bersesuaian dengan bidang sukan yang diceburi
· Ilmu fisiologi dapat mengelakkan risiko kecederaan semasa menjalani latihan
·  
4.      Teknik rawatan
· Menggunakan teknologi terkini dalam kaedah rawatan contoh: terseliuh, retak tulang, dll

5.      Penciptaan peralatan
·  Peralatan yang sesuai untuk jenis sukan seperti baju renang, topi sukan berbasikal(mengurangkan rintangan arus)
·  Penggunaan balapan sintetik, kolam renang bertaraf olimpik, gymnasium dilengkapi peralaatan moden,
·  Kayu hoki fiber yang lebih ringan
6.      R&D
· Penyelidikan dan pembangunan berkaitan dengan sukan contoh penciptaan enjin kereta lumba, penciptaan peralatan untukmenyukat halaju angin bagi menugrangkan rintangan
· Kasut sukan yang ringan seperti “boot”, “spike” dll


4+0





Kemusnahan hidupan marin merupakan kesan terbesar akibat daripada tumpahan minyak. Fenomena ini juga memberi  impak lain kepada persekitaran. Bincangkan

Pendahuluan
Kelangsungan alam sekitar tidak ada galang gantinya. Tumpahan minyak akan member impak yang besar kepada alam sekitar.

Idea
Huraian
1.      Kemusnahan hidupan marin
Hidupan marin seperti udang, ikan dan kerangan sangat sensitif kepada perubahan ekologi.
Tumpahan minyak yang  meliputi permukaan laut menjadikan cahaya matahari gagal sampai ke dasar dan mengganggu pertumbuhan alga dan plankton.
Ini menyebabkan sumber makanan akan terjejas
Tumpahan minyak ini juga akan menghalang oksigen larut dalam air dan menjadikan kandungan oksigen dalam air berkurangan.
Ini menjadikan hidupan marin kekurangan oksigen dan membawa kepada kemusnahan
2.      Kemusnahan flora dan fauna
Flora dan fauna di kawasan pinggir pantai akan musnah.
Pokok bakau kurap contohnya sangat sensitif kepada sebarang perubahan.
Kawasan permukaan yang dilitupi oleh minyak menghalang oksigen larut dalam air
Ia juga menghalang akar tumbuhan mendapat oksigen maka akan menyebabkan pokok bakau mati.
Unggas seperti helang merah dan helang siput yang menjadikan hidupan marin sebagai makanan akan mati apabila memakan haiwan akuatif yang telah tercemar dengan plumbum yang datangnya dari tumpahan minyak.
3.      Menjejaskan kualiti tanah
Kesan tumpahan ini akan mengubah ph tanah di kawasan pinggir pantai
Menjadikan kawasan ini tidak lagi sesuai untuk pertaniah dan aktiviti akuakultur
4.      Menjelaskan kualiti air
·   Sebaran tumpahan minyak yang meluas menjejaskan kualiti air tawar
·   menjejaskan kualiti air kerana kekurangan kandungan oksigen
·   menjejaskan kesihatan penduduk yang tinggal dikawasan sungai yang menjadikan air sungai sebagai sumber domistik utama

5.      Merosakkan habitat flora dan fauna
·   Selain daripada flora dan fauna akan mati ia juga menyebabkan habitan flora dan fauna ini musnah
·   Fenomena ini menyebabkan boleh berlaku kepupusan
·   sebarang perubahan kepada habitat asal menjadikan flora dan fauna tidak dapat meneruskan kemandirian mereka
6.      Pencemaran bau
·   Pencemaran bau juga boleh terjadi akibat dari tumpahan minyak
·   menimbulkan ketidakselesaan kepada penduduk setempat

1+3

1 comment: